“Minta2 lah Che Ta tak berdaghah terlinga ni dengaq kami boqak” – Catriona Ross

Bagusnya orang memiliki keistimewaan boleh ‘masuk’ dengan ramai orang terutama jika memiliki kelebihan berbahasa. Dikenali berdarah campuran, kita mendengar dirinya berbahasa Inggeris memang kata orang ‘berabuk’ juga. Begitupun dalam bercakap bahasa Melayu yang terkenal dengan banyak loghat dan lenggoknya pun, aktres Catriona Ross atau mesra dipanggil Cat, tak kurang hebatnya. Lancar saja lidahnya.

Biasa kita dengar petah lidahnya bertutur dalam loghat Kelantan atau Thai. Dikenali suka mencipta babak tertentu dikongsi di medsosnya dalam bahasa itu, siapa tahu lebat juga Cat bercakap bahasa utara.

Pendek kata, memang serba boleh sungguh dirinya dalam berbahasa. Jika mendengar celotehnya dalam bahasa utara dalam video, benar-benar bunyinya macam anak tempatan di situ.

“Tu diaaa pandai nya you babe.. authentic lah”, “Tudiahhhhhh….tang mana tu..perlis kaa kedahh kaa Penang kaa”, “Baguslah kak Cat ni. Semua dia bulehh, pulun habis…”, “Hahahah semuaaa dia sapuuuuu”. Itu antara komen netizen.

Terdahulu dalam kapsyen hantarannya, kata Cat dirinya memang sebegitu yang ‘pulun’ cakap semua bahasa. Yang penting katanya, keyakinan diri perlu ada. Cat sempat bertanya netizen mahu dirinya bercakap bahasa apa lagi…

Dalam pada itu, siap tag rakan artis, Rozita Che Wan atau Che Ta, yang dikenali sebagai suka berbahasa utara iaitu negeri kelahirannya, Cat berharap Che Ta tak ‘berdr4h telinga’ mendengarnya berbahasa sama.

Sempat pula ia dibalas semula oleh Che Ta, dengan mencoret respons “Mai sini aku putaqqqqq ckp kt diaaaa”, merujuk kepada jejaka yang sedang berborak dengan Cat dalam videonya itu.

Terdahulu lelaki dikenali sebagai pereka hiasan dalaman, benfirdausazraai yang berborak dengan Cat itu juga dikenali oleh Che Ta. Pasti ada kisah menarik dibualkannya dengan Cat tu…

Catriona dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 2 September 1980 dan berdarah kacukan Melayu Kelantan (ibu) dan Scotland (bapa). Padanlah empunya badan sering berceloteh dalam bahasa negeri Che Siti Wan Kembang ini berwajah Pan-Asian.

Terdahulu, kerjaya seni Catriona bermula apabila berjaya dalam ujibakat untuk menjadi pengacara Wayang Kita terbitan Astro Ria. Bukan saja berlakon, dia juga berbakat dalam modeling, pengacara, penulis skrip dan penulis buku.

Sumber : IG Catriona Ross

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!