“Dia yg lebih2 bg arahan kat sy, dah mcm assistant director dah” – TokTi

Biasa bukan tengok anak-anak kecil mengikut tindak-tanduk dan kelakuan ibu bapanya? Tapi bukan itu saja… nak kata betapa cepatnya kepala si comel ‘mengkap’ apa sahaja yang acap kali ‘bermain’ di mata dan fikirannya, kita dapat melihat mereka akan terikut atau meniiru. Seperti anak sulung kepada penyanyi no.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau TokTi, Siti Aafiyah ini…

Berkongsi aksi Aafiyah ketika di belakang tabir untuk shooting sebuah iklan, terlihat berbakat sungguh anak itu memberikan arahan dan kata-kata semangat buat ibunya. Anak ibu sungguh…

“One more time”, “You can do it ibu”… antara kata Aafiyah. Mesti dia pun dah biasa tengok ibunya terlibat penggambaran. Siap ada gaya lagi. Mana tumpahnya kuah jika tak ke nasi kan…

Beritahu TokTi di kapsyen hantarannya itu, ini merupakan kali kedua Aafiyah berlakon iklan dengannya. TokTi juga bersyukur dek sh0ot1ng dengan anaknya itu mudah kerana Aafiyah boleh ikut arahan.

Biarpun pada mulanya beliau risau Aafiyah mungkin boleh jadi tak keruan masa proses tersebut berlangsung, begitupun kongsi TokTi dirinya melihat anaknya itu semacam sudah faham akan kerjanya apabila jadi sebaliknya.

Mengucapkan terima kasih pada Aafiyah, TokTi menunjukkan bukti melalui video perkongsiannya itu yang betapa okeynya Aafiyah sampaikan dia yang lebih-lebih memberikan arahan padanya.

TokTi mengibaratkan Aafiyah tika itu seperti acah pembantu pengarah dah lagaknya. Mana tahu masin mulut TokTi, benar anak pintarnya itu akan jadi seperti itu juga suatu hari nanti. Siapa tahu…

“Masha’Allah clever girl..suara Aafiyah..nyaring..ikut ibu ke?”, “Ibu againnnn”, “Pandai berani.…”, “Cantik afiyaaaa ni dah besar macam ibu”, “Good job afiyah”, “Siti nurhaliza junior”, “. Itu antara komen netizen.

Untungnya TokTi dapat anugerah tak ternilai ini ya… Bukan saja mewarisi keelokannya, bahkan sifat berani dan bijaknya juga. Moga Aafiyah membesar dengan baik, mana tahu jadi pengganti ibu pula…

Imbas kembali, TokTi mendirikan rumah tangga dengan usahawan berjaya, Datuk K pada 21 Ogos 2006. Hingga kini, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa, setahun.

Sumber : IG TokTi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!