“Tulah kalau pilih no 4 tak tau lah nak cakap apa”- Netizen

Program realiti I Can See Your Voice antara salah satu rancangan hiburan yang popular dirayangkan setiap hari Ahad malam. Rancangan ini telah memasuki musim kelima dan kita dapat lihat banyak bakat nyanyian yang cukup menakjubkan daripada penyanyi sebenar. Siapa sangka, ramai di antara kita memiliki suara yang merdu dan berjaya menarik perhatian ramai penonton.

Siapa sangka, penyanyi Iman Troye sebelum ini adalah peserta I Can See Your Voice dan akhirnya beliau sudah menjadi penyanyi terkenal yang sedang meningkat naik namanya.

Iman Troye dijemput menjadi juri jemputan bagi program I Can See Your Voice baru-baru ini. Buat kali pertamanya beliau hadir ke rancangan tersebut dengan menjadi seorang selebriti berbanding sebelum ini pernah datang sebagai peserta.

Iman melakukan tugas dengan memilih penyanyi sebenar untuk berduet dengannya dan meneka penyamar untuk disingkirkan.

Di akhir rancangan, Iman berjaya memilih penyanyi sebenar selepas beliau sendiri salah meneka beberapa peserta yang sememangnya penyanyi sebenar.

Peserta terakhir yang dipilih Iman juga kelihatan sama suara mereka berdua. Berganding di atas pentas pun nampak tidak kekok sama sekali. Tahniah buat Iman.

Gandingan mereka telah mencuri tumpuan penonton termasuklah di laman sosial media.

Instagram TV3 Malaysia juga memuatnaik sedutan semula rancangan I Can See Your Voice musim kelima dan memaparkan babak penyanyi sebenar yang terakhir bernyanyi dengan Iman Troye.

Rata-rata netizen memberi pelbagai respon di ruangan komen. Ada juga netizen yang meluahkan perasaan kurang suka dengan rancangan I Can See Your Voice musim kelima ini.

Tahniah Iman Troye dapat berduet dengan penyanyi sebenar. Muka pun ada iras-iras sikit, suara pun nak dekat sama.

Sumber: Instagram tv3malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!