“Haha aah sama lah” – Erra Fazira

Kata orang dalam dunia ni ada tujuh individu wajah serupa dengan kita. Begitupun, sejauh mana kebenaran fakta itu hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Kadang bila seseorang itu ke mana-mana tak dinafikan ada sahaja yang menegur wajahnya ada pelanduk dua serupa. Selebriti, Datuk AC Mizal juga antara yang tidak boleh lari daripada kenyataan itu.

Seperti dalam video tular yang dikongsikan, isterinya, Datin Emylia Rosnaida ini, jika sebulan dua lalu, muka AC pernah diviralkan dek mirip dengan seorang penari, kali ini tular mukanya seperti seseorang dari negara Korea pula.

Rajinnya netizen dok viralkan dengan bandingkan kedua-duanya. Dan ya… Sekali pandang macam nak dekat sama juga. Ya lah.. dah selebriti tu tentulah wajahnya sentiasa diingati. Kalau suka tu, nampak saja orang muka serupa, rasa teruja pulak.

Emylia dalam kapsyen hantarannya itu juga bertanya sama ada netizen melihat wajah AC dengan orang Korea itu sama atau sebaliknya. Katanya dah dua minggu namanya di tag dengan video itu. Jadi beliau postlah di IG nya.

Menariknya ramai pula netizen di ruangan komen hantaran beliau itu bersetuju bahawa raut wajah mereka berdua sama. Tak kurang yang menyamakan wajah AC ketika itu seperti aktor Korea, Lee Kwang Soo ketika berambut panjang.

“Ahahahaha…a..ahhh… Sama laaahhh” – Erra Fazira. Itu respons pelakon yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia itu di ruangan komen. Sahih la tu, memang serupa sangat dah. Universal sungguh rupa AC sampai ke Korea sana perginya…

“Dato’ AC jangan nak menyamar. Kami semua dah tahu”, “Kena siasat balik salasilah keturunan Dato’ ni”, “Tak tahu pulak ada kembar Dato’ AC ni”, “Yang penari tu asal tak dimasukkan sekali Dato'”. Itu antara komen netizen.

Aduh macam-macam netizen ni ya. Terhibur juga kita dibuatnya. Dalam masa sama ada juga yang bersetuju gaya Kwang Soo seorang yang bertubuh tinggi lampai dan gemar berjenaka juga sama seperti AC Mizal.

AC memulakan kerjaya hiburan sebagai ahli kumpulan hip hop 4U2C yang meraih kejayaan pada 1990-an. Kerjaya lakonannya bermula menerusi Roda-Roda Kuala Lumpur, namun paling dikenali menerusi watak Inspektor Mazlan dalam drama TV paling lama bersiaran, Gerak Khas.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan bekas pelakon dan model, Emylia pada 10 Oktober 2002. Mempunyai dua cahaya mata sebelumnya, melalui perkahwinan keduanya ini, AC dikurniakan dua lagi anak, iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.

Sumber : IG Emylia Rosnaida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!