“Knp lah ehh pakai stokin kat tangan” – Netizen

Kehadiran cahaya mata buat pelawak Achey dan isterinya, Anne telah beri kebahagiaan buat mereka sekeluarga. Cahaya mata Achey dan Anne iaitu Tiara memiliki gelagat yang menghiburkan, sama macam bapanya. Orang kata bapak borek anak rintik, saling tak tumpah perangai Tiara dengan bapanya Achey. Memang anak ayah betul si cilik Tiara ini…

Umum mengetahui bahawa Tiara merupakan anak angkat buat Achey dan Anne setelah lapan tahun mereka menantikan kehadiran cahaya mata. Tiara juga dijaga dengan baik sejak bayi lagi oleh pasangan ini.

Kasih sayang Anne dan Achey buat Tiara cukup besar dan beri sepenuh perhatian untuk satu-satunya cahaya mata mereka itu. Tanpa sedar, anak kecil itu telah menginjak usia 4 tahun dan petah berkata-kata.

Tiara yang petah berkata-kata sering kali menceriakan netizen dengan video yang dikongsi sendiri oleh Achey dan Anne di Instagram. Gelagat spontan Tiara pun kadang-kala bikin netizen geli hati melihatnya.

Meninjau akaun instagram Achey, posting video terbaru yang dimuatnaik olehnya baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen. Gelagat Tiara memakai stoking di tangan sambil ditegur manja oleh Achey ternyata menghiburkan netizen. Melihat gelagat anak dan bapa ini, memang haru-biru dibuatnya hehe..

Tiara kelihatan mengikut Achey menaiki motor dan berjalan-jalan di sekitar negeri Pulau Pinang seperti yang dikatakan oleh Achey di dalam video tersebut.

Gelagat lucu Tiara lebih menjadi perhatian netizen dan rata-rata netizen mengusik Tiara di ruangan komen.

Selain itu, video Achey telah mencapai 52,000 tontonan dan komen-komen daripada netizen buat Tiara.

Selain Achey dan Anne, Tiara juga antara si cilik yang popular dalam kalangan peminat bapanya. Kecil-kecil dah ada peminat si Tiara ni ya, untungnya Tiara.

Suka tengok hubungan mesra Achey dengan Tiara. Betul-betul sayang dengan Tiara sampai pergi ride pun bawa Tiara ya.. Semoga membesar dengan sihat Tiara.

Sumber: instagram acheykintangkintung

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!