“Aku tak sangka fashion aku jd begini, yg kain atas meja tu sama tu”- Zizan Razak

Pelawak Zizan Razak dikenali ramai peminat-peminatnya terutama yang suka mengikuti perkembangan Zizan di laman sosial media. Melihat Zizan yang masih berstatus bujang lagi, tak dinafikan ramai peminat wanita yang mencuba nasib untuk menawan hati jejaka dari negeri Terengganu ini. Zizan pun dikatakan masih tidak menjalinkan hubungan yang istimewa dengan mana-mana wanita.

Dengan wajah kacak Zizan, sememangnya ada peminat wanita yang cuba mendekatinya. Kacak dan suka berjenaka pula tu, memang dah sekali pakej orang kata hehe..

Bercerita mengenai Zizan, beliau dilihat sibuk menguruskan perniagaannya dan sentiasa meluangkan masa bersama teman rapat. Bukan itu sahaja, Zizan pun ada kemahiran membawa kereta racing. Power betul Zizan ini..

Terbaru daripada posting Instagram Zizan, beliau berkongsi video lucu yang asalnya dirakam oleh Janna Nick dan dimuatnaik di Tiktok Janna.

Video lucu itu menunjukkan Zizan memakai selendang berwarna merah yang membaluti lehernya. Lain pula jadinya apabila selendang Zizan yang dikatakan fesyen itu sama dengan kain alas meja.

Reaksi muka Zizan bila melihat situasi berkenaan memang melucukan. Terkejut Zizan dibuatnya. Fesyen Zizan memang lain daripada yang lain ini, jarang sekali kita jumpa..

Video yang dikongsi Zizan di Instagram miliknya sudah pasti menghiburkan netizen. Netizen yang melihat video tersebut berasa lucu selepas melihat jnsiden yang agak memaluukan buat Zizan itu. Jarang sekali ya video Zizan tak lawak, confirm lawak bila Zizan sendiri yang kongsikan.

Sementara itu, video Zizan telah menerima 55,000 jumlah tontonan dan 4,000 tanda suka sejak dimuatnaik beberapa minit yang lalu.

“Zizan tak pernah tak lucu perangai dia ni, hahaha macam mana boleh tersama pulak tu adei, zizan mung ni mael lambong”-Netizen

Zizan ni jarang tak buat hal. Fesyen dah tersama dengan alas meja pulak dah hehe.. Suka tengok reaksi muka Zizan terkejut tu.

Sumber: instagram zizanrazak869

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!