“Latu request nak jafi Ratu”- Alha Alfa

Solekan cantik daripada jurumekap professional, Datuk Alha Alfa sering menerima pujian ramai dengan hasil sentuhannya. Selebriti popular pun banyak memilih Datuk Alha Alfa sebagai jurumekap pilihan mereka memandangkan sentuhan solekan Datuk Alha cukup memuaskan dan cantik. Antara selebriti yang selalu di mekap oleh Alha ialah Zara Zya dan pernah dig0sipkan mereka bercinta. Alha juga pernah menempuh fasa percerraian dalam perkahwinan beliau.

Alha Alfa sememangnya terkenal dalam kalangan artis dan orang kenamaan, beliau juga antara jurumekap yang terkenal dan popular di Malaysia dan artis selalu guna khidmatnya untuk majlis majlis makan malam dan hiburan.

Tidak terkecuali, influencer Tiktok terkenal iaitu Ratu Farah Diva atau popular dengan gelaran Ratu turut disolek oleh Alha baru-baru ini. Ratu antara influencer yang sentiasa mencuuri perhatian netizen dengan video-video viral miliknya.

Siapa sangka, Ratu yang sedang naik popular telah menerima hasil solekan Alha dan memang wajah Ratu berubah sepenuhnya.

Cantik Ratu selepas disolek Alha. Bila lihat sekali, memang tak cam Ratu orangnya. Kebiasaannya kita lihat Ratu dengan wajah tanpa solekan dan natural sahaja.

Menerusi video yg dikongsi Alha, kelihatan beliau pertama kalinya menyolek Ratu. Video Ratu sebelum disolek dan selepas disolek telah menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen memberi respon di ruangan komen dan ada juga sebahagian netizen akui, wajah Ratu selepas disolek mempunyai iras yg sama seperti selebriti Elfira Loy.

Secara umumnya, Ratu adalah influencer terkenal di Tiktok dan beliau juga terpilih sebagai duta produk tudung keluaran Aliff Syukri.

Ratu juga popular dengan keyakinannya yg tinggi dan ada sahaja video dikongsi beliau berjaya menerima banyak tontonan sehingga ribuan tontonan.

Video Ratu disolek Alha juga turut menerima 396,000 tontonan dan 600 komen daripada netizen.

Bestnya Ratu dapat makeup dengan Dato Alha. Daripada muka biasa terus jadi luar biasa ya Ratu lepas makeup. Cantik sangat.

Sumber: Instagram alhaalfa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!