“Dia pesan Abg Fattah utk Kak Fazura je yaa” – Netizen

Siapa yang tidak mengenali pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura. Pasangan yang bertemu jodoh di set penggambaran drama Hero Seorang Cinderella ini amat di sayangi oleh para peminat mereka sehingga wujudnya akaun yang di ciptakan khas oleh para peminat buat mereka berdua dan para peminat juga mencipta tanda pagar FattZura.

Fazura memulakan kerjaya sebagai pelakon sebelum melangkah ke bidang nyanyian dan menjadi usahawan tudung. Terbaru beliau di khabarkan bakal melakar sejarah peribadi dalam kerjaya seni apabila kini bergelar penganjur konsert pula.

Menerusi pengumuman yang dibuat dalam majlis diadakan di ibu negara, pelakon jelita itu memaklumkan bahawa acara konsert yang di kenali sebagai Faztival Fazura 2022 bakal diadakan pada 11 September depan itu akan membawa makna tersendiri buatnya.

Fazura memasang niat mengadakan konsert tersebut untuk meraikan peminat, stokis dan ejen rasmi iaitu Fazura Besties yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam jualan.

Dalam pada itu, konsert yang di adakan pada bulan September itu juga sebenarnya dianjurkan sempena sambutan ulang tahun drinya yang ke-39 pada 27 September depan.

Menerusi satu hantaran terbaru di Instagram peminat pelakon jelita itu, satu video yang memaparkan Fazura sedang bersiaran secara langsung telah di kongsikan.

Gelagat Fazura ketika bersiaran secara langsung sering menarik hati netizen. Fazura yang petah bercakap itu juga gemar mengusik dan bergurau bersama para penonton ketika beliau mengadakan siaran langsung untuk mempromosikan barangan perniagaannya.

Menerusi rakaman yang di kongsikan itu, ketika sedang mempromosikan jualan ada netizen yang bertanya mengenai suaminya Fattah Amin.

Secara spontan Fazura menjawab bahawa Fattah Amin tiada kerana suaminya itu hanya untuk dirinya sahaja. Yang ada ketika itu hanyalah barangan jualan beliau.

Jawapan spontan Fazura itu mencuit hati netizen yang terhibur mendengar jawapan spontan beliau ketika sesi soal jawab bersama netizen di sesi siaran langsung berkenaan.

Menjengah keruangan komen, rata- rata peminat berkata Fazura seorang yang sangat bijak menjawab soalan daripada para netizen dengan cara yang spontan dan kelakar. Berikut di kongsikan komen netizen.

Kelakar jawapan Fazura ni. Bijak jawab soalan- soalan dari netizen ya. Netizen juga gembira dengan kebahagiaan yang sedang di kecapi oleh pasangan selebriti berkenaan dan mendoakan pasangan itu di panjangkan jodoh dan gembira bersama anak mereka Nur Fatima yang bakal menginjak usia 2 tahun pada bulan Oktober ini.

Sumber : ig fazura.klselangor

Artikel ini di sediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!