“Tinggi betul, macam Hanis Zalikha pun ada” – Netizen

Ramai peminat yang masih lagi kurang percaya apabila penyanyi Haqiem Rusli telah membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada usia yang sangat muda. Tidak cukup dengan keputusan beliau menamatkan zaman bujang pada usia yang amat muda, malahan Haqiem juga telah mengejutkan para peminat apabila menyunting seorang gadis berusia 19 tahun untuk menjadi suri hati hidupnya.

Meskipun keputusan penyanyi tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada para peminat dan juga Netizen, namun siapalah kita untuk menidakan takdir. Ternyata sudah tertulis jodoh penyanyi berkenaan apabila pada tanggal 19 November yang lalu hubungan pasangan sama cantik sama padan ini telahpun di satukan dengan ikatan pernikahan yang sah.

Haqiem Rusli telah melangsungkan pernikahan pada 19 November bersama Anis Sofea atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri di sebuah majlis tertutup demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Msjid Raja Haji Fi Sabilillah.

Sebagai rekod, para peminat mula mengenali Haqiem ketika beliau masih kecil apabila penyanyi berkenaan menyertai pertandingan Idola Kecil. Beliau kemudiannya menyertai pelbagai pertandingan nyanyian untuk menimba ilmu dan melebarkan kerjaya seninya.

Tuah akhirnya menyebelahi beliau apabila lagu beliau yang berjudul Segalanya mendapat tempat di hati para peminat dan seterusnya beliau memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Tergantung Sepi.

Haqiem yang selama ini amat berahsia mengenai hubungan percintaan beliau akhirnya telah memperkenalkan isterinya itu kepada para peminat dan rakan- rakan artis semasa majlis pernikahan beliau. Wajah isterinya yang lembut dan manis menarik perhatian para peminat yg memuji kejelitaan isteri Haqiem itu.

Pada malam selasa yang lalu, pasangan pengantin baru itu telah dijemput sebagai tetamu undangan di rancangan Meletop. Haqiem dan Sofea telah berkongsikan kisah perkenalan mereka dan juga keputusan mereka untuk mendirikan rumahtangga.

Episod malam selasa lalu itu telah di acarakan oleh Nabil Ahmad serta Uyaina Arsyad. Menerusi perkongsian di Instagram Sofea, isteri Haqiem Rusli itu memuji kecantikan Uyaina Arsyad dan dirinya juga meluahkan rasa teruja dapat berjumpa pengacara tersebut.

Sementara itu, di satu entri terkini di Instagram Uyaina pula, pengacara berkenaan pula memuji kecantikan Sofea dan mengucapkan Selamat Pengantin Baru kpd pasangan Haqiem dan Sofea.

Bagaimana pun menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata wajah Isteri Haqiem yang mesra di sapa sebagai Sofea itu sekilas pandang saling tidak tumpah seperti wajah model, pelakon dan usahawan Hanis Zalikha. Perkara tersebut di akui sendiri oleh kebanyakkan peminat Haqiem dan Netizen.

Ramai netizen yang kagum dengan kejelitaan yang dimiliki oleh isteri Haqiem Rusli itu. Tidak kurang juga yang menyamakan wajah Anis Sofea atau nama sebenar gadis tersebut Wan Anis Sofea turut seiras penyanyi Elizabeth Tan. Berikut dikongsikan komen- komen netizen yang ditinggalkan di entri tersebut.

Terdahulu, perkenalan antara Haqiem Rusli dan isteri beliau itu khabarnya bermula terlebih dahulu sebagai rakan kongsi perniagaan sekitar dua tahun lalu apabila mereka berdua sepakat untuk membuka restoran ‘steam bot’.

Enggan menunggu lebih lama Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 akhirnya memutuskan untuk membawa hubungan rakan kongsi perniagaan itu kepada hubungan yang lebih serius apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang awal tahun ini.

Pengumuman Haqiem bahawa beliau bakal mendirikan rumah tangga itu dilakukan menerusi Instagram pada jam 2 pagi telah mengejutkan para peminat. Sekian lama mendiamkan diri mengenai calon dan tarikh pernikahan beliau, Haqiem akhirnya mengumumkan bakal bernikah pada 19 November.

Sumber: ig anis sofea

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!