“Uish kawalan suara dia tu makin improve” – Netizen

Penyanyi Nabila Razali sebelum ini pernah menarik perhatian netizen apabila membuat keputusan untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu awal tahun ini. Menyedari vokal beliau sering menerima kriitikan daripada netizen kerana sering terkucil apabila menyanyi secara langsung, Nabila berjanji kepada para peminat akan cuba memberikan persembahan yang terbaik semasa menyanyikan lagu Peluang Kedua dalam pertandingan berkenaan.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi penyanyi tersebut apabila beliau terkucil sekali lagi semasa begitu berhati- hati menyanyikan lagu Peluang Kedua berkenaan. Kongsi Nabila, beliau terlalu merasa gemuruh sehingga membuatkan penyanyi tersebut sekali lagi terkucil dan menghampakan para peminatnya.

Sebagai rekod, ketika pertandingan diperingkat semifinal, Nabila tidak dapat menyanyikan lagu tersebut kerana tidak sihat dan beliau dikcam kerana berjaya ke final juara lagu hanya kerana lagu tersebut dinyanyikan oleh Hael Husaini.

Menurut doktor, Nabila perlu banyak berehat demi menjaga kesihatan beliau, namun demi menjaga hati para peminatnya, Nabila tetap berusaha untuk tampil menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas akhir Anugerah Juara Lagu berkenaan.

Nabila ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya semasa persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu tersebut apabila usaha beliau selama beberapa bulan berlatih dengan bersungguh-sungguh tidak membuahkan hasil ekoran terlalu gementar.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Meletop, Nabila telah hadir sebagai tetamu undangan. Baru- baru ini Nabila telah tampil dengan lagu baru beliau berjudul Puutus. Kemunculan lagu berkenaan menimbulkan tanda tanya kepada peminat kerana Nabila memperkenalkan lagu tersebut tanpa sebarang gimik seperti kebiasaannya.

Hal ini kerana beliau sebelum ini dikenali kerana sering membuat gimik untuk mempromosikan lagu terbaru namun kali ini Nabila memperkenalkan lagu berkenaan tanpa sebarang gimik dan hanya menjalani promosi lagu tersebut seperti biasa.

Nabila yang menjadi tetamu jemputan rancangan berkenaan telah membuat persembahan di rancangan Meletop dengan menyanyikan lagu berjudul Putus buat tatapan para penonton rancangan Meletop.

Menerusi sedutan video yang dikongsikan, kedengaran suara Nabila yang telah banyak menunjukkan peningkatan ketara terutamanya dari segi vokal apabila menyanyi secara langsung. Berikut dikongsikan komen-komen netizen terhadap persembahan Nabila Razali.

“Tu la.. ckp tk bleh nyanyi live , padahal bleh je cuma dia kena ade bnyk pengalaman utk dia perbaiki kesilapan dia , diaorg dgki je tu” – Netizen

“kalau rasa masuk ruang komen ni nak komen benda negaatif, kan lg elok kalau diam aje. sbb kalau mmg dr dulu tk sedap dkt telinga seseorang tu, kenapa masuk sini ye? tak faham la aku.” – Netizen

“tahu takpe. takboleh bla gi ckp ‘dr dulu mmg tk sedap’ so, yg masuk ruang komen ini, tgk video ni buatpe? tk ke pelik perangai manusia” – Netizen

“Okay je aku rasa dia nyanyi cuma suara macam tenggelam. Nak dapat 100% sama macam recording memang susah la sebab nyanyi live apa yg terkeluar time tu kau kene redha jela yg penting pandai kawal suara.

Kalau lagu sdih macam ni jangan terlampau menghayati nanti kau sebak terus lari bunyi kau nyanyi. Yang penting lagu dia sedap dia sendiri komposer bersama. Seperti biasa tukang kecam tetap la sedeh sebab tak dapat pape pon dari mengecam tu “ – Netizen

Masa di temubual oleh pengacara, Nabila dah kongsi bahawa lagu Putus merupakan kisah peribadi penyanyi tersebut sendiri. Maka tidak hairanlah Nabila terlebih perasaan semasa menyanyikan lagu tersebut semasa membuat persembahan.

Syabas Nabila sebab mengambil kata- kata netizen sebagai pembkar semangat dan terus mempertingkatkan kualiti vokal sebagai penyanyi.

Sumber: ig meletop

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!