“The only artist mlm tu yg xpkai tudung mcm kura2 atau tercekiik leher”- Netizen

Baru- baru ini, penyanyi Wany Hasrita telahpun selamat di satukan bersama pasangannya Mohd Al-Adib Fahmi. Beliau selamat bernikah dengan jejaka pilihannya itu di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Wany iaitu Hasbullah Hassan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah M4sjid Al Mukarramah Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.

Pada majlis itu, Wany atau nama sebenar, Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan serta tiada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.

Wany yang popular dengan lagu Menahan Rindu bersyukur majlis dirancang lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Berkongsi mengenai jejaka yang berjaya menambat hati dan bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching Sarawak itu, Wany berkata, mereka mula rapat sejak 2019.

Wany Hasrita merupakan antara penyanyi wanita yang sentiasa berpakaian sopan serta menjaga penampilan beliau. Meskipun pada hari penikahan dan persandingan, Wany hanya bersederhana dalam berpakaian dan solekan. Netizen juga memuji Wany yang memakai tudung labuh dan memakai inai di j4rinya sahaja.

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Wany Hasrita, beliau berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan beliau menghadiri majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) yang berlangsung baru- baru ini.

Menurut Wany, itu adalah kali pertama beliau menghadiri majlis yang di anjurkan oleh Anugerah Industri Muzik. Kehadiran beliau ke majlis berkenaan kali ini lebih manis apabila di temani oleh suami tersayang.

Gambar- gambar yang di kongsikan oleh beliau itu, mencuri perhatian para peminat kerana beliau memakai tudung dan baju yang labuh.

Memetik komen suaminya ketika majlis pernikahan pasangan ini tempoh hari, suami Wany meminta supaya Wany melabuhkan tudung setelah bernikah. Sebagai seorang isteri, sudah tentu permintaan suami perlu dituruti.

Apatah lagi pula perubahan berkenaan menjadikan Wany seorang muuslimah yang sejati dan berpenampilan lebih menutup aurat. Penampilan Wany tersebut kini menjadi inspirasi buat para pengikut beliau di laman instagram.

Hantaran yang di kongsikan oleh Wany itu di penuhi komen – komen positif yang tidak putuus memuji penampilan beliau yang sangat sopan namun menarik.

Netizen juga memuji Wany kerana tidak berpakaian seperti trend terkini artis wanita lain yang memakai tudung seperti terceekik leher.  Malahan menjadi inspirasi buat wanita muuslimah yang lain dalam berpakaian menutup aurat dan sopan.

Menjengah keruangan komen, rata – rata peminat memuji pelantun lagu Cinta Khayalan itu kerana begitu menjaga penampilan beliau.

Malahan gaya dan cara penyanyi itu berpakaian sopan dan menutup aurat juga sering menjadi inspirasi kepada para peminat beliau selama ini. Berikut dikongsikan antara komen- komen yang ditulis oleh para netizen buat Wany Hasrita.

Alhamdulillah Wany pun sudah mula memperbaiki penampilan. Atas izin suami, pakaian Wany pun semakin sopan dan menutup aurat dengan sempurna. Sebagai peminat, gembira tengok penampilan terkini Wany yang semakin sopan dan cantik.

Sumber: ig wany hasrita

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!