“Suka layan peminat mcm mummy daddy, good girl la nyamma”- Netizen

Nama pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura tidak usah lagi perlu diperkenalkan. Pasangan ini cukup disayangi dan sering menjadi idola kepada peminat. Rutin kehidupan pasangan ini juga telah berubah selepas menimang cahaya mata pertama mereka iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020. Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kebahagiaan kehidupan mereka.

Buat pelakon jelita Fazura, selain dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel sebagai pelengkap bahtera rumah tangga, hanya rasa syukur yang mampu dipanjatkan atas segala kurniaan dan rezeki dilimpahkan kepadanya selama ini.

Umum mengetahui bahawa pasangan sama cantik sama padan ini telah bertemu jodoh apabila kedua- duanya berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella. Fenomena pasangan itu ketika drama berkenaan telah mencetuskan tanda pagar FattZura.

Para peminat yang merestui hubungan mereka berdua ketika drama itu berlangsung sangat mengharapkan hubungan berkenaan menjadi kenyataan.

Ternyata jodoh sememangnya kuat buat pasangan ini apabila mereka berdua mengambil keputuusan untuk mendirikan rumahtangga pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup sebelum kemudiannya membuat majlis resepsi dengan menjemput rakan-rakan artis dan media.

Fattah dan Fazura mempunyai peminat yang cukup ramai sehingga para peminat mewujudkan satu Instagram yang berkongsikan kehidupan peribadi, perniagaan dan aktiviti seni pasangan ini.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram berkenaan, satu video yang memaparkan Fattah sedang mendukung anaknya Nur Fatima Aisya ketika acara konsert yang di anjurkan oleh Fazura iaitu Faztival telah dikongsikan oleh netizen.

Menariknya gelagat Fatima ketika berhadapan dengan lautan para peminat mummy dan daddynya adalah Fatima sudah pandai melayani mereka yang juga turut meminati kanak- kanak itu sendiri.

Comel betul Nyamma yang merupakan nama timangan Fatima ketika melambai kearah para peminat. Malahan Fatima juga turut membuat ‘peace’ buat para peminat yang sedang merakamkan video dan gambarnya.

Rata- rata peminat meningg4lkan komen di perkongsian berkenaan dengan mengatakan bahawa mereka merasa cukup terhibur dengan gelagat Fatimah itu. Bijak betul Fatimah ni. Wajah comel Fatima juga saling tak tumpah seperti ibunya.

Fattah dan Fazura merupakan pasangan selebriti yang sangat mesra melayani para peminat mereka. Kini Fatima juga mengikuti jejak langkah mummy dan daddynya yang sangat mesra dan sentiasa melayani para peminat dengan cukup baik. Berikut dikongsikan komen-komen para netizen.

Selain sikap merendah diri dan sentiasa ramah melayani peminat, sikap sentiasa mengutamakan para peminat merupakan antara faktor utama pasangan selebriti ini sentiasa di sayangi oleh para peminat.

Kini anak pasangan ini Fatima pula semakin membesar dan semakin panjang akal. Gelagat Fatimah juga ternyata mencuit hati peminat yang geram dengan kecomelan si cilik itu.

Sumber: ig sayang selaseh 01

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!