“Hensem, mama dia macam girlfriend bithday boy” – Netizen

Kalau masih muda dan bujang biasalah jika penampakan fizikal diri kelihatan menarik dan menawan. Tapi bagaimana pula bagi seseorang yang sudah berumahtangga dan anak berderet, tapi masih dapat mengekalkan rupa yang helok, bahkan comel lagi macam semasa diri single mingle… tu memang sesuatu yang agak di luar kebiasaan seperti selebriti, Datin Anne Ngasri ini.

Sekali pandang jika melihat luarannya tak banyak yang berubah pada dirinya itu jika dibandingkan dengan penampilannya lebih dua dekad lalu, di kala usianya kini mencecah 38 tahun.

Lebih menerujakan netizen, ibu kepada enam orang cahaya mata ini, tak macam mak-mak pun, tapi lebih kelihatan macam kakak dengan adik, macam foto yang dikongsikannya ini.

Dalam video terbaru hantaran Anne ini, terlihat dirinya bersama anak sulungnya, Suffian Hakiem Sumali yang dah berusia 18 tahun pun… Benar, nampak muda belia sahaja gayanya…

Kata orang bila tengah bahagia, pasti ia terpancar di wajah, mesti Anne pun sedang melalui fasa itu. Jika tengok orangnya pun memang sentiasa tenang dan tersenyum ceria kan…

“Ya Allah awet muda nye Anne ni, mcm abg n adik je”, “Mama dia mcm girlfriend birthday boy”, “Betul ke da ade anak besar tu, cm kakak ngan adik dah.”, “Mama muka awet muda”.

“Ya rabbi ..mcm kakak dgn adik je sis”, “wahh mummy dgn boyfriend lahhh… ”, “Anak dengan mak macam kawan ja.. HB”, “Mama still young..Happy Birthday Boy”, “Ya allah anne .. Ank sulung dah besar dh ..mama still muderr remajerr sgt..hb ensem boy”.

Itu antara komen netizen. Untunglah Anne… dah berumur pun masih kelihatan remaja. Tapi jika diikutkan adik-beradiknya yang lain seperti pelakon, Bell, Naszeli, Darling pun begitu jua.

Kini aktif berp0litik dan berniaga, Anne pernah mendirikan rumahtangga dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 ketika usia 22 tahun dan berpisah pada 25 Jun 2010.

Hasil perkahwinan itu, beliau dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits (2006), Abdul Wafri (2008) dan Nazharah Afrozah (2010). Anne kemudian bernikah dengan Datuk Sumali Reduan pada 22 Disember 2012.

Sumber : IG Anne Ngasri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!