“Sbb tula perempuan selalu letak kasut dlm kereta jadi mcm ni lah”- Netizen

Setiap pasangan suami isteri pastinya mahukan zuriat sebagai pelengkap kehidupan rumahtangga mereka. Begitulah juga buat pasangan Fizo Omar dan isterinya Fazeera Nazri. Baru- baru ini Fizo turut berkongsi berita gembira mengenai kehamilan Fazeera yang hamil buat kali kedua meskipun anak pertama mereka Wan Khaleeda baru baru sahaja berusia 7 bulan.

Kongsi Fizo lagi, usia kandungan Fazeera telah memasuki usia 5 bulan. Menjadikan anak pertama dan anak keduanya hanya berbeza 11 bulan sahaja.

Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 dan berc3rai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan Wan Maryam, kini berusia lima tahun.

Fizo bertemu jodoh kali kedua dengan Fazeera dan bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Terbaru menerusi Instagram, Fizo berkongsi satu video yang memaparkan insiden di mana tapak kasutnya tertanggal ketika beliau melawat lokasi pemasangan papan tanda sebuah produk di lebuh raya persekutuan.

Kongsi Fizo lagi, beliau sekeluarga teruja untuk melihat papan tanda berkenaan di pasang memandangkan produk tersebut menggunakan wajah beliau sekeluarga sebagai duta produk.

Di permulaan video, Fizo tidak menyangka tapak kasutnya tertanggal ketika sedang meninjau lokasi tersebut. Fizo yang kelihatan agak kecewa dengan kualiti kasut berkenaan juga turut bertindak menanggalkan kedua- dua tapak kasut beliau sebelum berkunjung ke kedai kasut Bata bagi membeli kasut baru.

Fizo juga berkongsi pengalamannya membeli kasut berjenama Bata. Menurut Fizo, kasut jenama berkenaan mempunyai kualiti yang tidak mengecewakan dan selesa.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen menasihati Fizo supaya sentiasa membawa sepasang kasut ganti dan di simpan di dalam kereta pada masa akan datang.

Ada juga netizen yang berkata adakalanya situasi yang tidak di jangka seperti yang di lalui oleh Fizo inilah menjadi alasan buat perempuan menyimpan pelbagai kasut ganti di dalam kereta sebagai penyelamat. Berikut di kongsikan komen netizen tersebut.

“Lain kali letak sepasang selipar dlm kreta . Klau kjadian mcm ni terjadi 8les ada penyelamat “ – Netizen

“Hi hi…lain kali ikut mcm kak…separuh boot keta adalah selipar, terompah dan kasut dan kasut..sbb pnah pngalaman mcm ni…time keja la pula tu, mana2 pun akan bawa 1 atau 2 spare kasut” – Netizen

“Sama k3s dgn kak jugak bila tunggu terlalu lama kat h0spital serdang.. tapak kasut tercabut,. nasib stokin boleh cover jalan” – Netizen

Perkongsian Fizo mengenai jenama Bata juga turut menarik perhatian netizen. Kongsi netizen lagi, jenama kasut Bata kebanyakkan sangat selesa dan mempunyai pelbagai jenis kasut yang sesuai di sarung oleh ibu mengandung dan warga emas. Malahan jenama kasut bata juga turut mendapat pujian netizen kerana kualiti yang baik.

Sumber: ig fizo omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!