“Tercampaklah mak dia lepas ni” – Anas Zahrin

Mesti ramai yang suka melihat anak kecil dengan lagak seperti orang dewasa bukan… Nampak comel saja. Apatah lagi si kecil helok orangnya. Gamaknya kalau boleh rasa nak cubit-cubit saja pipi tu. Itu yang ramai netizen rasakan apabila melihat anak bongsu, Rozita Che Wan atau Che Ta, bernama Aaisyah ini. Mempunyai akaun media sosial sendiri, dah berpuluh ribu rupanya pengikut Aaisyah (IG pernah jutaan followers, namun lesap). Mana taknya kalau lihat dirinya, saling tak tumpah keletahnya yang pandai bergaya seperti Che Ta.

Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Lihat saj4lah gaya Aaisyah yang bermekap. Daripada alis dan garis matanya, lipstick merah, cara renungan dan jelingan ala modelnya, biarpun ada air muka bapanya, pelakon, Zain Saidin, tapi tetap dah macam Che Ta junior.

Tak kurang yang mengusik, jika begini gayanya si Aisyah memang boleh ‘kalah’ maknya dibuatnya. Di kala kanak-kanak lain sibuk dengan dunia riang-rianya yang tersendiri, Aaisyah pula macam ‘sibuk bekerja’ dalam modeling.

“Tercampaklh mak dia lepasssssss niiiii”, “Abis tercampak jauh nun di sana”, “Meletop macam mak dia ek…”, “Layan je.. kerenah anak kita peduli org nak kata”, “Budak girl takpe nk melaram pun. Toksah dilarang'”. Itu antara komen netizen.

Tampaknya ramai juga yang menyokong agar Che Ta menyokong apa sahaja yang disukai oleh anak gadisnya itu. Masakan tidak, ikut kata Che Ta dalam kapsyen hantarannya itu, kebanyakan ‘benda’ biasa orang dewasa tolong pakaikan, semua Aaisyah nak buat sendiri.

Macam pakai anting-anting besar dalam video ini, Aaisyah yang meminta untuk mengenakannya sendiri. Begitu juga dengan memakai inai. Kalau budak lain mintak mak tolong pakaikan, namun tak bagi Aaisyah. Kuku panjang saja dia sendiri top up inai.

Kata Che Ta, Aaisyah sememangnya anak yang suka melaram sejak kecil. Nak larang pun tak boleh katanya sebab dia seorang yang suka berbuat demikian. Kalau tak bagi nanti nangis dan merajuk, Che Ta juga yang pening.

Justeru kata Che Ta, dia membiarkan saja Aaisyah dengan hobinya yang satu itu, yang penting dirinya gembira. Che Ta juga menggalakkan jika anak orang lain nak bergaya sakan pun tiada siapa melarang. Betul juga katanya, ya lah.. janji anak happy, ibu bapa pun senang hati ya…

Itulah… Memang benar biasa apa yang ibu bapa lakukan akan jadi contoh dan tauladan pada anak-anak kan…. Mesti Aaisyah selalu tengok Che Ta cantik bergaya sebagai model, terikut-ikut dengan ibunya itu.

Apa salahnya, mana tahu nanti lebih meletop daripada ibunya. Doakan saja yang baik-baik buat Aaisyah, anak kita dan anak-anak lain sudah. Hasil perkahwinan Che Ta dan Zain, mereka dikurniakan Aaisyah atau nama sebenarnya Aaisyah Dhia Rana yang lahir pada 1 November 2014.

Sumber : IG Che Ta

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!