“Kami pun nak buat jugak la, tggu jap somi blk sekolah”, – Elly Mazlein

Lazimnya bila berjodoh, lama kelamaan wajah seseorang itupun akan seperti air muka pasangannya, sama jua dengan merpati dua sejoli ini biarpun mereka memiliki jarak usia yang agak ketara. Umum maklum, Che Ta atau Rozita Che Wan agak lebih berusia daripada suaminya, Zain Saidin. Begitupun kini, ramai netizen mengakui, secara luaran tampak sebaliknya pula.

Itu yang menjadi bualan hangat netizen ketika Che Ta, 49, berkongsi foto beliau bersama suami tersayang, Zain, 37. Entah apa yang berlaku, ramai netizen yang memberikan komen bahawa muka Zain terlihat makin ‘matang’ pula.

Memang tak dinafikan, lelaki itu nampak agak lebih berusia dalam perkongsian terbaharu Che Ta ini. Dengan rambut nya terlihat sudah agak memutih, wajah dan gayanya terpamer lebih matang. Nampak seakan Zain pula yang lebih berumur.

Untunglah Che Ta tetap ‘istiqomah’ malar segar biarpun jarak usianya dengan adik kepada pelakon, Shasha Saidin itu adalah 12 tahun. Berbeza sekali jika dibandingkan keadaan mereka ketika disatukan pada peringkat awal dulu, ada yang nakal dengan melihat mereka bagai ‘ibu dan anak’.

Menariknya, dalam pada itu, pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein atau lebih meera dikenali sebagai Kak Lina Pompom melontarkan komen mencuit hati di hantaran Che Ta itu. Gamaknya teruja dengan aksi Che Ta, kata Elly beliau juga mahu melakukan gaya sama.

Mana tidaknya, dalam foto dikongsikannya, Che Ta tampak agak bergaya dan bak anak dara muda dengan busana serta gayanya yang mendakap Zain dengan bersahaja. Tergambar manis sahaja pasangan ini.

Tak kurang juga yang mendoakan agar kebahagiaan mereka kekal selamanya sampai ke jannah dan gembira melihat keceriaan kedua-duanya. Dalam pada itu, punya teliti tak teliti, lain pula diperhatikan netizen.

Jika Che Ta ramai yang maklum betapa prihatin nya beliau dalam menata gaya peribadi, ramai pula melihat keadaan sebaliknya dalam foto kali ini. Rupanya ada yang perasan sepatu digunakan oleh Zain nampak sedikit kotoran.

‘Awat kasut berselut? Bini tak lap kan ka?’ Itu antara tegur netizen. Yang bestnya, kenyataan itu dijawab sendiri oleh Che Ta: ‘Netizen mmg suka zoom kan nyah. Karakter wak.. Baqu blk dr mana tah kaki ni pun’, coret Che Ta.

Adeh.. macam-macam netizen ni kan. Sungguh prihatin. Apa pun didoakan moga pasangan ini sentiasa dirahmati dan berbahagia selalu. Sejak disatukan pada hujung 2013 hingga kini, mereka berjaya membuktikan jarak usia bukan penghalang mengecap kebahagiaan sebagai suami isteri.

Sumber : Ig Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!