“Asal Sarima muka nampak macam Ernie Zakri pulak”-Netizen

Pelanduk dua serupa? Ya, sememangnya wujud dalam kalangan kita semua. Ada sebahagian daripada kita pasti pernah terjumpa ‘kembar’ seiras dimana – mana secara kebetulan. Jika anda pernah terjumpa pasti anda akan teruja melihatnya. Siapa sangka, anak perempuan Shaizy Sam iaitu Sarima juga mempunyai iras yang sama seperti wajah penyanyi Erni Zakri.

Ramai netizen mula menyedari wajah Sarima sama iras seperti Erni selepas foto Sarima dikongsi oleh bapanya di laman instagram.

Foto tersebut, menunjukkan wajah Sarima dan abangnya penuh dengan bedak putih namun mata netizen lebih tertumpu kepada Sarima kerana wajahnya yang iras seperti penyanyi kesayangan ramai itu.

Sarima antara si cilik yang popular dalam kalangan netizen kerana gelagatnya mencuit hati. Bukan Sarima saja, abangnya juga seorang yg melucukan.

Sementara itu, foto yang dimuat naik Sam telah menjadi perhatian netizen dan menerima 10,000 tanda suka di laman Instagram.

Anak-anak Shaheizy Sm dan Syatila antara yang mencuri tumpuan netizen setiap kali mereka berkongsi gambar.

Rata-rata netizen teruja melihat posting yang dikongsi Shaheizy dan memberi pelbagai respon di ruangan komen. Netizen turut bersetuju dengan pendapat Sam yang ditulis di kapsyen posting miliknya.

“Eh sama lah muka sarima, macam ernie sikit ni, ha sudah ernie zakri pulak, sat lagi kertas siasatan dibuka”-Netizen

Ada-ada saja gelagat family Sam ni, memang menghiburkan netizen tau.. Anak-anak Sam dan Syatilla pun sama gelagat macam mak pak nya haha..

Sumber: Instagram shaheizysam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!