“Sukanya tengok, sepadan sungguh”- Netizen

Mas Idayu atau nama sebenar beliau Masidayu Mesnun merupakan seorang penyanyi wanita bergenre dangdut di Malaysia. Selepas hampir 16 tahun menggalas status sebagai ibu tunggal, Mas Idayu kembali memegang gelaran isteri apabila baru sahaja selamat di ijabkabul dengan pasangannya, Muhamad Sufian Isa yang merupakan Penerbit Eksekutif TV3 hanya dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan itu yang di adakan sebentar tadi dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media. Manakala majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama.

Terdahulu, Mas Idayu dan Muhammad Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 lalu dan baru menjalin hubungan serius pada tahun ini. Sebelum ini Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997 dan berc3rai sembilan tahun selepas itu.

Hasil perkongsian hidup Mummy dan pelakon berkenaan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun. Muhammad Sufian pula mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan sebelum ini.

Tambah pelantun lagu Robek Hatiku itu, jika tiada aral melintang, selepas bernikah nanti, dia dan suami akan mengambil cuti selama dua minggu untuk berehat dan berbulan madu.

Menerusi satu perkongsian terkini di Instagram Mummy Mas Idayu, beliau memuatnaik satu video yang memaparkan sesi siaran langsung sekitar majlis akad nikah yang berlangsung pada pagi tadi buat tatapan para peminat beliau.

Menerusi siaran langsung yang di kongsikan oleh Mummy tersebut, majlis pernikahan Mummy di hadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat pasangan pengantin.  Majlis akad nikah itu diadakan di Magica Event Hall, dengan sekali lafaz, pada jam 10.40 pagi.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah Imam dan Penolong Pendaftar Nikah M4sjid Jamek Kg Baru, Ustaz Haji Azizi Abd Hamid sambil berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.

Di dalam hantaran tersebut juga Mummy menulis ucapan kesyukuran di atas majlis yang telah selamat berlangsung itu. Mummy turut di lihat sebak dan mengalirkan air mata sejurus selesai acara akad nikah.

Menjengah keruangan komen, perasaan sebak namun gembira itu turut sama di rasai oleh netizen dan mereka juga turut mendoakan kebahagiaan yang di kecapi oleh Mummy itu berkekalan setelah hampir 16 tahun menjadi ibu tunggal.

Ruangan komen juga di penuhi ucapan tahniah dan doa yang baik- baik daripada warganet. Berikut di kongsikan komen- komen berkenaan.

Kedua- dua mempelai di lihat sangat sepadan antara satu sama lain. Menyerlah sungguh kecantikan Mummy semasa hari bahagia. Alhamdulillah dah selamat semuanya. Tahniah Mummy. Semoga bahagia dengan Daddy selalu hingga akhir hayat.

Sumber: Instagram masidayu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!