“Comey mummy jadi Zuwa”- Netizen

Nama selebriti Fazura sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia. Bermula dengan kerjayanya sebagai pelakon hinggalah sekarang bergelar usahawan, populariti Fazura tetap maintain dari dahulu sehingga sekarang. Lebih-lebih lagi apabila bergelar usahawan, produk Fazura menjadi tumpuan ramai terutamanya peminat-peminat beliau. Fazura juga antara selebriti yang dekat dengan peminat-peminatnya. Maka sebab itulah Fazura disayangi ramai peminat.

Seperti yang kita semua sudah ketahui, Fazura adalah isteri kepada pelakon Fattah Amin. pasangan suami isteri ini juga telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel diberi nama Nur Fatima Aisya.

Bergelar anak kepada Fazura, sememangnya Fatima punyai populariti setanding ibunya. Dari awal Fazura mengandung hinggalah Fatima sudah pandai berkata-kata, masih mencuri tumpuan netizen di laman sosial media.

Telatah Fatima yang sudah pandai berkata-kata membuatkan netizen suka melihat anak kecil ini. Comel betul Fatima ni..

Lebih mengejutkan lagi apabila melihat Fatima menyebut nama penuh bapanya. Amboi Fatima, petah berkata-kata ya sampai sebut nama daddy dan mummy dia..

Video yang menunjukkan Fatima menyebut nama bapanya dengan nama ibunya telah dikongsi oleh Fazura di Instagram story miliknya.

Gelagat Fatima sememangnya mencuit hati netizen selepas melihat video dikongsi semula di Instagram oleh peminat fazura sendiri.

Rata-rata netizen memberi komen memuji wajah comel Fatima dan teruja melihat kepetahan si cilik ini.

Sementara itu, video Fatima telah ditonton sehingga 23,000 tontonan dan 26 komen oleh netizen.

Comelnya Fatima sebut nama mummy Zuwa. Auto tukar terus nama Fazura kepada Zuwa hehe..

Sumber: Instagram jetaime.fattzura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!