“Pakej ayaq lioq time sembur tu mahai, comel la awak ni” – Netizen

Tiap kali datang nya ulang tahun kelahiran orang tersayang, tak kisahlah ahli keluarga atau rakan-rakan, pasti kita tak sabar untuk belikan mereka hadiah. Itu adalah salah satu simbol penghargaan dan sayang nya kita kepada mereka. Sememangnya jumlah nilai harga bukanlah pengukur, tetapi hadiah tersebut adalah yang menjadi ingatan.

Begitulah juga dengan keluarga Scha Al-Yahya. Sememangnya ulang tahun puteri sulungnya iaitu Lara Alana tak lama lagi, iaitu pada 22 Julai. Pejam celik pejam celik, sudah nak dekat 8 tahun ye umur Lara. Rasa macam baru je tengok Lara menangis sebab ikan nya m4tii.

Rupanya-rupanya, kisah itu sudah lama berlaku. Tapi takpa, kita pun tak sabar nak tunggu Lara membesar dan menjadi seperti mummy dan daddy nya. Mana tahu lepasni kita dapat lihat Lara di kaca televisyen. Boleh lah ganti mummy dan daddy nya pula ye.

Baru-baru ini, Scha ada memuat naik video beliau dan juga puteri keduanya yang bernama Lila Amina. Scha dengan yang mengatakan bahawa mereka berdua sedang memilih hadiah birthday untuk Lala. Cari hadiah dekat mana tu ? Untung lah Lara dapat hadiah.

Si adiknya pula yang tukang pilih, aik, pilih untuk kakak ke untuk diri nya tu? Tapi, yang menarik perhatian netizen  apabila Lila yang meniup-niup hadiah kek lilin yang berada di dalam. Beria sungguh ya Lila tiup kek tu. Mesti Lila ingat tu kek betul.

Punyalah excited Lila tiup sampaikan tersembur air liur nya. Lucu betul. Mungkin Lila ingat dia sedang meniup lilin di kek hari jadi. Tapi hari jadi siapa sebenarnya ye? Macam Lila je terlebih excited nak makan kek. Mungkin mummy kena belanja Lila kek lepas pilih hadiah untuk Lara.

Antara komen netizen ialah “Ayokk mummy kena beli hadiah tu, sebab kan ayo lio Lila dah tersembur2 dekat situ”, “Siap tiup lilin sesiap” “Alaaa so cute Lila ni.. practice tiup lilin untuk kek kakak Lara nanti eh” dan sebagainya

Memang tak dapat dinafikan, gelagat Lila itu sangat comel dan lucu. Geram ja rasa nak cub1f pipi tembamnya tu. Nanti birthday Lila, mesti Lara pula yang tolong pilih hadiah kan. Come betul dua beradik ni.

Justeru, jika kita mampu membelikan hadiah sewaktu ulang tahun kenalan kita, cukup lah sekadar memberikan ucapan sebagai tanda penghargaan dan menunjuk rasa kasih sayang kita kepada mereka. Sesungguhnya itu sudah memadai bagi mereka.

Sumber : Ig Schaalyahya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!