“Terbaik mandi dalam pakaian muslimah sopan dan bagus Elfira Loy” – Netizen

Jika baru-baru ini kecoh di maya terdapat retis yang ‘menayangkan’ foto dirinya sedang mandi buih di dalam tab dikcam dikatakan kononnya tampak kurang manis, namun pelakon kecil molek ini pula dipuji sebaliknya ketika melakukan aktiviti yang sama. Memperlihatkan dirinya hanya menampakkan bahagian wajah, sementara anggota lain ‘tertutup’, Elfira Loy mendapat pujian netizen kerana tetap menjaga aurat.

Ya, bahagian anggota tubuh boleh diperlihatkan kepada umum bagi seorang muslimah adalah hanya wajah dan tapak tangan. Tampaknya Elifira berjaya istiqomah menjaganya sejak berhijab.

Padanlah ramai yang kagum. Bukan mudah sebenarnya bagi seseorang wanita bertudung hendak maintain menjaga aurat, lebih-lebih lagi ketika hendak mandi manda di tempat awam atau bukan.

Pun begitu, wanita anak satu sedang berbadan dua ini berjaya mengekalkan imej ini yang barangkali boleh menjadi inspirasi kepada golongan hawa lain di luar sana bahawa mereka mampu melakuukan perkara sama. Nampak sopan dan ayu sahaja.

Lihat sahajalah hantaran dengan foto Elfira yang mesra membahasakah dirinya El ini. Dengan penutup kepala (bucket hat) dan pakaian seakan jaket licin berzip di depan ini, El kelihatan selesa dan menikmati momen dpt mandi di kolam itu.

Namun tidak dapat pula dipastikan pakaian yang disarungnya itu merupakan busana renang muslimah atau apa. Gamaknya kelihatan seperti outfit renang terbaharu, ada pula yang tertarik bertanyakan ia keluaran dari mana.

Dalam pada itu, antara komen netizen yang menarik perhatian apabila ada yang mencoretkan bahawa El terbaik dalam mengenakan pakaian yang tampak muslimah dan sopan sekali gus memujinya yang menjaga adab sopan sebagai isteri solehah.

Yang pasti suaminya, Faris Khairol Anuar turut diberikan ‘kredit’ dalam menjaga ketrampilan El. Yelah… memang sudah jadi kewajipan mana-mana suami dalam menjaga isterinya kan.

El atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri lahir pada 8 Mac 1994) ialah seorang selebriti agak popular, pengacara dan merupakan usahawan muda berdrah kacukan Cina-Arab. Patutlah wajahnya boleh tahan helok ya. Anak campuran rupanya. El aktif dalam lakonan sejak zaman kanak-kanaknya lagi.

Untuk info, tidak berapa lama setelah ptus tunang dengan penyanyi, Sufian Suhaimi, beliau mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dengan Faris dan dikurniakan seorang cahaya mata pertama lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.

Sumber : Ig Elfira Loy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!