“Tengok ulang 10 kali, sebab suka tgk part dia “shake” tuu comel je” – Netizen

MasyaAllah comelnya budak ni, dahlah tu pandai pula berkata-kata. Makin femes nampaknya artis media sosial cilik, Dhuhaa Sophea Stumbrys ini. Jika dulu masih bayi pun sudah tular dek kecomelan wajahnya yang tak boleh dibawa berbincang hingga dikatakan layak digelar Bayi Paling Comel di dunia, kini diusianya sudah mencecah 7 tahun makin bertambah manis orangnya.

Kekal dengan mata bundar, bulat dan bersinarnya dari dulu hingga sekarang, bersihnya wajah si cilik ini hingga ramai sifatkan dia macam anak patung yang berkata-kata. Subhanallah cantikNya ciptaanMu…

Jika menyaksikan hantaran video terbaharu ini, bukan Sophea sahaja rupanya yang helok, lihat kesemua hantaran sebelumnya, adiknya Amiraa Al Imaan Binti Stumbrys, 5, kini juga lebih kurang Sophea juga.

Sekali pandang dah macam kembar pulak. Mula dikenali ni, padanlah ibu bapanya lebih memperkenalkan mereka dengan gelaran The Stumbrys Family. Hingga kini pengikut mereka di IG ini saja berjumlah 328k.

Untunglah jadi anak kacukan. Kalau lihat ibunya tak kurang cantiknya, bahkan bapa mereka kacak. Rupanya ibu mereka, Siti Safuraa Hamzah, 38, dari Terengganu, sementara bapa, Asadullah Stumbrys, dari Rusia.

“tngok ulang 10 kali.. sebab suka tngok part dia “shake” tuu comel ja”, “Ya Allah dia nye shake tu mcm level mini”, “Anak kecil paling cantik didunia ini mah si amira”, “Hahah comel sangat shake shake secara halusss gituuu”.

“Masya Allah cantik comeynya ur dotter..matanya, lipsnya mcm pakai lipstik..ramai peminat nanti ni..pening la mummy n daddynya nk pilih bakal menantu”, “asal cuteness sgt”, “Ckp tranung ye fhm X sis”, “Can somebody tell me, she is angel or human?”

Itu antara komen netizen. Agak mencuit hati juga apabila ada dalam kalangan netizen yang bertanyakan sama ada si kecil itu faham dan pandai berbahasa Terengganu seperti di tempat asal ibunya.

Menariknya ia dijawab sendiri oleh Safuraa: “lambat lagi tuh nok boleh ke paham .. kena banyok bowok g kenduri kendara, bagi makan budu berbotol2 baru lembut kot lidah dorg”, coretnya.

Apa pun moga membesar dengan baik budak-budak ni kan… Eh tumpang bangga pulak bila anak orang kita ni jadi tumpuan dunia. Apa yang pasti sememangnya anak kacukan ni biasanya memang helok-helok belaka.

Sumber : IG ctsafuraa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!