“Taktau nak fokus kt siapa sbb both cantik naw” – Netizen

Erra Fazira atau nama sebenar beliau Fazira Wan Chek merupakan merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan di Malaysia. Selain berlakon, Erra juga merupakan seorang penyanyi dan model. Wajah Erra banyak membintangi filem-filem melayu sehingga beliau mendapat gelaran Primadona Malaysia. Sembilu merupakan filem pertama lakonan beliau yang menampilkan gandingan pertama beliau bersama penyanyi Awie. Bermula daripada filem tersebut, nama Erra mula dikenali ramai sehingga kini.

Menyingkap sisi peribadi primadona ini, Erra pernah mendirikan rumahtangga bersama Yusry Kru namun rumahtangga mereka tidak kekal lama. Beliau kemudiannya mendirikan rumahtangga bersama Engku Emran. Namun rumahtangga Erra bersama Engku Emran juga tidak bertahan lama apabila membuat keputusan untuk berpisah pada 2014.

Hasil pernikahan bersama Engku Emran, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak tunggal perempuan bernama Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun dan telahpun meningkat remaja.

Engku Aleesya baru-baru ini telah menerima ibu tiri apabila Engku Emran mengambil keputusan untuk menamatkan zaman duda bersama Noor Nabila iaitu kakak kepada bekas pengacara Meletop dan usahawan terkenal Noor Neelofa.

Menerusi instagram, Erra telah memuatnaik video tiktok terbaru beliau bersama anaknya Engku Aleesya. Aleesya kelihatan gembira dapat membuat aktiviti dan meluangkan masa bersama Erra.  Engku Aleesya yang kini meningkat dewasa ternyata mewarisi kejelitaan ibunya itu.

Video dua beranak berkenaan mencuri perhatian netizen yang sangat tertarik dengan kejelitaan dimiliki mereka berdua dan sehingga kini telah mendapat sebanyak 603,408 tontonan dan 1518 komen. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

Engku Aleesya amat bertuah dikurniakan 2 orang ibu yang sangat menyayangi dirinya. Di samping menjadi anak tiri kepada Nabila, Aleesya juga turut menerima seorang adik lelaki yang comel iaitu Jebat Jayden.

Sebagai seorang anak tunggal sebelum ini pastinya Aleesya teruja menerima kehadiran adik tiri dalam keluarganya.

Sumber : ig erra fazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!