“Buat malu kaaum perempuan je gedik2 macam ni”- Netizen

Fenomena Kpop (Korea Pop) digiilai ramai orang muda di Malaysia kerana Kpop seiring peredaran zaman dan memenuhi citarasa anak muda masa kini. Besarnya pengaaruh Kpop ini sehinggakan banyak kelab peminat kpop ditubuhkan di laman media sosial. Namun sebahagian rakyat Malaysia mengecam tindakan peminat yang terlalu fanatik dan tidak memberi apa-apa faedah. Turut sama, selebriti Malaysia juga ramai menunjukkan minat dengan barisan penyanyi dan pelakon Kpop.

Termasuk Nabila Razali yang begitu minat dengan pelakon lelaki Korea Song Joongki. Tidak dinafikan, barisan pelakon popular Korea sangat berbakat dan mempunyai rupa paras yang cantik.

Dalam pada itu, Tindakan Nabila Razali memuat naik rakaman video bersama imej pelakon Korea di laman Instagram telah dikcam salah seorang netizen baru-baru ini.

Netizen tersebut menyatakan Nabila Razali mencemarkan imejnya sebagai seorang perempuan mslimah walhal Nabila hanya memuatnaik video yg ringkas sahaja.

Namun, netizen netizen lain memberi pelbagai respon positif menerusi ruangan komen. Ada yang memuji Nabila Razali kini semakin cantik dan ada juga yang bergurau dengannya menerusi komen.

https://www.instagram.com/p/CQXu5XSjSOS/?utm_medium=copy_link

Posting video Nabila yang dikongsi di Instagramnya telah menerima tontonan hampir 150 ribu dan menerima komen yang banyak.

Rakan artis juga turut bergurau dan sengaja menyakat Nabila di ruangan komen. Nabila dikenali di kalangan rakan artis dan peminat-peminatnya kerana sikapnya yang ramah dan sporting.

Sebelum ini, Nabila pernah viral disebabkan oleh suaranya yang terkucil ketika bernyanyi secara live. Namun, Nabila dipuji ramai netizen kerana kelihatan tenang menghadapi kecaman hebat pada ketika itu.

Sumber: Instagram Nabila.razali

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!