“Suara lembut je tapi bila pekik mak oii…” – Netizen

Kalau tengok orang berwajah ayu dan lembut ni lazimnya kita pun membayangkan yang pasti suaranya juga selembut orangnya biar dalam apa jua situasi. Begitupun tak semua sedemikian ya… ada pula yang jadi sebaliknya. Macam pelakon comel cantik manis, Hannah Delisha ini. Sekali dengar suara ‘sebenarnya’ pasti ramai akan rasa terkejut dan macam tak percaya benarkah itu dia…

Kebiasaannya bunyi suara sebenar seseorang ni hanya akan terkeluar bila dalam situasi cemas dan di luar kawalan. Jika dalam keadaan normal, kita kan akan lebih control ayu dan maintain helok…

Tapi bila dah panik, haaa siaplah. Baru tahu macam mana gaya dan apa sahaja yang boleh keluar dari mulut tu ya. Siapa sangka boleh keluar ‘petir’ dari suara Hannah yang bermulut comel tu.

Agak mencuit hati tatkala dalam video dikongsikan terlihat Hannah diuji untuk meneka beberapa benda, setiap satu perlu memberitahu apa dipegangnya dalam sebuah kotak tanpa melihatnya secara langsung.

Pada mulanya Hannah diuji dengan tekstur kulit buah eksotik dan dapat meneka ia nanas. Kemudian meneka binatang berbulu, iaitu hamster, sebelum dapat meneka ‘benda’ lembut sejenis makanan, marshmellow.

Itupun dia dah gabra semacam dan agak menjerit jugalah sebelum nak meneka hamster. Ingatkan itu dah habis high-pitched… rupanya masa pegang ulat-ulat dalam mangkuk jeritnya boleh pecah gegendang telinga…

Huhhh… keluar suara dari ‘dalam perut’ Hannah sampai ramai netizen terkejut dan tak percaya dia punya jeritan boleh sampai  begitu sekali. Tapi jujurlah, siapa dalam situasi sama pun boleh jadi sampai begini…

“Pakai earphone pastu dengar hannah teriak mau terkeluar t4ik telinga ku HAHAHAHAHA”, “Walapun takut, tpi tngan hannah stay duk dlm kotak..kalau sye lh mmg x kn celup dh”, “Melampau betul……ulat dia bagi”.

“First time tgk Hannah jerit mcm ni ”, “Inside inside jugak hana, inside eardrum aku ni dh pecah sape nk tanggung?”, “hahahahaha tapi comel jerit dia tak gedik pun mmg semulajadi”, “Kuat Hannah menjerit nampak je lembut.hehe..”.

Haaa… jangan main-main tau orang nampak lembut ayu ni, apa pun boleh jadi. Suara tu pun boleh bertukar ‘senj4ta’ sampai boleh ced3rakan gendang telinga kau. Huh.. d4hsyat la suara Hannah, tak sangka sungguh..

Sumber : IG Hannah Delisha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!