“Tak sempat survey harga, dah kena tarik telinga” – Izzue Islam

Dalam sesebuah hubungan tidak kiralah sama ada hubungan suami isteri ke, keluarga mahupun rakan-rakan, jika sesuatu kepuutusan dibuat dengan persetujuan dan pengetahuan masing-masing pasti tidak akan menimbulkan apa-apa isu dan masalah. Lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah pun berkahwin, perbincangan antara sama lain amatlah digalakkan bagi membina hubungan yang harmoni dan sihat.

Pasti ramai yang sudah tahu tentang akrabnya hubungan suami isteri antara pelakon dan pengacara kacak ini bersama isterinya. Sejak belum berkahwin lagi, Izzue Islam dan isteri iaitu Awin Nurin memang mempunyai hubungan yang sangat rapat memandangkan Awin sendiri merupakan pengurus peribadinya.

Mula bertapak dalam industri hiburan sebagai salah seorang penyanyi dalam kumpulan Forteen, pasti ramai yang merindui kemerduan nyanyian dari Izzue sendiri yang kini lebih menonjol dalam bidang pengacaraan dan lakonan.

Perkahwinan yang hampir mencecah sepuluh tahun dibina oleh Izzue dan Awin ini dilihat sentiasa bahagia dan positif. Walaupun hubungan antara kedua mereka ini sering dihujat sejak mula mereka menjalinkan hubungan, Izzue dan Awin sendiri dilihat tidak pernah menghiraukan apa pun kata dari netizen itu.

Berniat untuk singgah ke salah satu showroom kereta berjenama bagi melakukan tinjauan harga disana ternyata telah merakamkan gelagat lucu dari pasangan ini. Izzue yang pada mulanya telah menunjukkan minat untuk mengambil kereta baharu ternyata tidak disenangi oleh si isteri.

Awin Nurin yang bersikap spontan menarik telinga suaminya itu untuk segera keluar dari showroom tersebut telah menghiburkan ramai orang. Kata Izzue Islam, belum sempat pun dia bertanyakan harga kepada jurujual disana namun Awin sudah bertindak lebih awal menarik telinganya dan mengajak keluar.

Bukan hanya aksi mereka berdua yang menghiburkan hati, malah lagu berloghat Tamil yang digunakan oleh Izzue dalam video tersebut juga ditegur ramai kerana merasakan lagu tersebut juga sangat lucu buat mereka.

Nampaknya dah ada tanda-tanda dah tu yang Izzue memang nak ambil kereta baru. Awin lepas ni kena lebih berhati-hati lah nampaknya. Kalau tidak mesti dah bawa satu balik rumah dah Izzue tu.

Sumber: Instagram Izzue Islam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!