“Anak tudung tu buat nampak berumur la” – Netizen

Lumrahlah kalau sudah bergelar artis mahupun model, penampilan dan pemakaian yang dikenakan haruslah seiring dengan fesyen-fesyen terkini. Lebih-lebih lagi buat artis yang sudah memegang kontrak bersama jenama-jenama besar dalam negara mahupun luar negara, setiap hari mestilah menonjolkan pakaian yang style dan up to date agar dapat menarik orang ramai untuk membeli dan menggayakan fesyen tersebut.

Awal Ashaari antara selebriti lelaki yang sentiasa menitikberatkan penampilannya sewaktu berada di hadapan kamera. Style fesyen yang dikatakan tidak pernah mengecewakan, dia sentiasa menampilkan fesyen terbaru yang memang sedang in di pasaran fesyen dunia.

Bukan sahaja Awal, isteri iaitu Scha Al-Yahya juga sama seperti dirinya yang sangat suka dan yakin menampilkan fesyen-fesyen unik dan terkini. Disebabkan itu, kedua pasangan ini juga telah dijemput untuk turut serta dalam anjuran antarabangsa Minggu Fesyen Milan 2022 di negara Itali.

Mengumpulkan ratusan artis dan model dari seluruh negara, beberapa hari lalu juga telah tular tentang keberuntungan pasangan ini apabila dapat duduk bersama dengan artis dari Korea Selatan iaitu Lee Min Ho.

Fesyen terbaru yang digayakan oleh Awal sewaktu berada di Milan ini telah dikongsi olehnya melalui perkongsian video di Instagramnya. Namun, ada pula netizen yang tertumpu dengan penutup kepala yang dipakai oleh Awal dalam video tersebut.

Mewakili negara melalui jenama fesyen terkenal dunia seperti Moschino dan Boss, pastinya ini merupakan pencapaian terhebat buat pasangan ini. Awal yang mengenakan baju corak berona kuning neon itu sudah pasti menjadi tumpuan ramai dengan kesesuaian style yang dikenakan olehnya dari kepala hingga kasut.

Bukan pakaian yang menjadi sorotan, lucunya penutup kepala yang dipakai oleh Awal pula yang menjadi perhatian apabila dikatakan seperti kopiah dan anak tudung. Malah, ada yang mengatakan bahawa penutup kepala itu membuatnya terlihat sedikit tua dari asal.

Seronok sangat tengok Awal dan Scha dapat pergi ke Itali dan jumpa ramai artis antarabangsa. Bukan je terkenal dalam negara bila berfesyen, sampai luar negara pun dah kenal dengan pasangan yang fashionable ini.

Sumber: Instagram Awal Ashaari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!