“Nak naangis tgk scene kena sumb4t dgn telur tu, ibu norlia” – Netizen

Kata orang, filem atau drama ni lagi best kalau ada barisan pelakon legend. Feel tu lebih banyak disebabkan pengalaman pelakon-pelakon lama ini di dalam industri lakonan telah memantapkan lagi bakat lakonan mereka agar nampak lebih real. Pengalaman dari artis lama ini memang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit kerana kalau tiada mereka maka tidak berseri industri hiburan tanah air kita.

Sebuah lagi filem terbaru yang bakal ditayangkan di Astro First ini bakal mengundang air mata buat para peminat filem dan drama tempatan. Cuplikan video yang dikongsi oleh Didie Alias di Instagramnya ini telah membuat ramai yang tidak senang hati melihat lakonannya itu yang sangat k4sar terhadap orang tua.

Buat mereka yang sering menonton drama dan filem tempatan pasti sudah tahu bagaimana hebatnya pelakon lama Norlia Ghani dan Dato Jalaluddin Hassan membawa watak mereka dalam sesebuah drama atau filem tersebut.

Didie Alias sebelumnya juga pernah viral disebabkan lakonannya yang membawa watak sebagai Mak Yek dalam drama Cukup Derita Itu apabila mencabar emosi para penonton. Malah sehingga kini pun, nama sebagai Mak Yek itu masih kekal dan diingati sehingga sekarang oleh orang ramai.

Filem Tilam Perca yang diarahkan oleh pengarah terkenal Rashid Sibir ini turut membawa barisan pelakon hebat antaranya seperti Faradhiya, Nasir Bilal Khan dan ramai lagi. Membawa konsep kekeluargaan dalam filem ini, ramai yang sudah sebak dan m4rah melihat babak lakonan dari Didie Alias itu.

Menjadi sorotan adalah babak ketika Norlia Ghani telah dilumur dengan telur oleh Didie Alias. Memegang watak sebagai menantu kepada Norlia Ghani, tak sangka rupanya Didie Alias merupakan menantu yang tidak berhati perut sehingga mampu berbuat sebegitu kepada ibu mertuanya.

Para peminat telah memuji Didie Alias yang tidak pernah gagal membawakan watak yang diarahkan kepadanya dengan baik sekali.

Ramai mereka turut sedih dan tidak sampai hati melihat aksi kasar dari Didie itu kepada Norlia Ghani meskipun mereka tahu bahawa itu hanyalah sebuah lakonan sahaja.

Ramai yang sudah tidak sabar menunggu filem Tilam Perca ini mula ditayangkan di Astro First. Buat penonton yang bakal menonton filem ini, dinasihatkan untuk menyediakan tisu dan kain sebanyak mungkin agar dapat menampung kesedihan kerana melihat filem hebat yang bakal meruntun jiwa ini.

Sumber: Instagram Didie Alias

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!