“Tak macam bapak anak 3”- Netizen

Lazimnya golongan lelaki yang sudah agak lama mendirikan mahligai rumah tangga akan mengalami perubahan terutama pada fizikal. Kadang ada pula yang kelihatan berbeza daripada segi wajah. Lebih malang jika penampilan diri langsung malas dijaga selepas memperoleh pasangan hidup dengan rasa tak perlu lagi selepas dapat si buah hati. Begitupun, jangan disangka semua lelaki sebegitu ya. Ada juga yang prihatin dengan ketrampilan diri.

Lihat saj4lah dua lelaki ini, jika ada yang tak kenal, pasti akan menyangka mereka masih bujang trang tang tang. Apa tidaknya, berbusana ala ‘dak-dak’ BBNU sekarang, muka pula nampak mulus tanpa ‘semak’ bermisai dan berjanggut, macam budak baru tamat zaman sekolah.

Seolah itu jua diiyakan oleh tuan punya badan sendiri iaitu penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar yang mencoretkan di hantarannya dengan kapsyen berbunyi: ” Lain maciam Izzue letak filter di TikTok. Rasa macam baru habis last payyyPPERR SPM”.

Berkongsi video dirinya bersama rakan artis, Izzue Islam, jujur memang tak dinafikan sekali imbas mereka nampak remaja biarpun tanpa ‘bantuan’ filter meskipun sudah bergelar suami dan bapak orang. Selain Izzue, Alif pula mendapat pujian ‘tak nampak macam bapak anak 3″.

“Bila masanya Alif nampak tua, mmg muka budak SPM till Hannah”, “Alololo, comelnya menari gitu”, “Makin lama nampak makin muda korang ni”, “Apesal aku tengok banyak kali ni’, “Klu duo Gini, nyanyi buat geng meletops”, “Apa ni.. nampak makin muda hensem”, itu antara komen netizen.

Menariknya, nampak lembut dan cool sekali mereka menari beriringan. Ramai yang setuju boleh saja jika mereka bercadang menubuhkan kumpulan duo. Yang pasti ramai tak sangka Alif juga dilihat boleh menari dengan baik sekali.

Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd Satar, lahir pada 19 September 1990 mula dikenali setelah berjaya mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti One in a Million musim pertama sewaktu berusia 16 tahun. Padanlah, jika penyanyi biasanya boleh juga menari kan..

Selain menyanyi dan kini acap mengacara, bapa tiga anak ini juga berlakon dan mengacara. Alif mula berlakon pada usia 14 tahun di dalam produksi West End London untuk teater muzikal Peter Pan The Lost Boys. Lakonan pertamanya menerusi drama Suria di Cordoba sebagai Rudy.

Bagi Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan yang sebaya Alif, biarpun wajahnya sering dilihat sebagai pelakon, dia juga seorang penyanyi. Dia memulakan kerjaya seninya dengan berlakon dan seterusnya nyanyian dengan menyertai kumpulan pop balada di bawah KRU Records, iaitu Forteen.

Patutlah helok juga menari… Izzue kian dikenali selepas memenangi anugerah Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia ke-25 dan Hero Baru Terhebat di Anugerah Blokbuster 2. Dia mendirikan rumahtangga bersama dengan pengurusnya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013, namun belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber : IG Alif Satar & Izzue Islam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!