“Bagus sangat, bila dikec4m balas pakai fakta bukan auta” – Netizen

Sejak akhir- akhir ini, nama bekas pengacara Meletop dan usahawan popular Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa kembali terpalit dengan kontr0versi apabila ramai netizen yang mempersoalkan mengenai produk inai keluaran terbaru usahawan berkenaan. Antara kritikan yang sering kali di luahkan oleh netizen adalah mengenai warna inai tersebut yang berwarna agak gelap.

Warna inai berkenaan yang lain daripada yg lain menimbulkan persoalan sama ada pemakaian inai tersebut adalah sah untuk di bawa solat atau tidak.

Jika mengikuti perjalanan kerjaya dan peribadi usahawan tersohor ini, kontr0versi yang tercetus ini bukanlah yang pertama kali berlaku kepada dirinya.

Mengenali usahawan berkenaan, beliau merupakan seorang yang tidak mudah melatah dan tidak henti berusaha untuk memberikan penjelasan kepada para pembeli dan juga penjual produk beliau.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Neelofa berkongsi satu video yang menjelaskan lebih lanjut mengenai isu yang sedang hangat di perkatakan iaitu produk inai beliau.

Menurut Neelofa usaha berkenaan adalah sebagai bukti untuk mengesahkan bahawa produk inai beliau boleh di gunakan tanpa kerisauan dan ragu- ragu.

Kongsi usahawan tersebut lagi, beliau benar- benar berharap supaya keputuusan yang telah di berikan oleh pakar ini juga memberikan kelegaan kepada para pengguna.

Tidak cukup dengan itu, Neelofa turut sama mengajak pengusaha inai yang lain turut serta melakukan ujian makmal demi kesejahteraan para pengguna dan bakal pembeli.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen berkata ujian makmal yang di lakukan oleh Nelofa ini berjaya membuka mata ramai pihak mengenai ketelusan produk inai yang di keluarkan oleh usahawan berkenaan.

Langkah drastik yang di lakukan Neelofa ini juga sekaligus berjaya menghilangkan keraguan netizen dan juga persoalan yang bermain di fikiran orang ramai selama ini. Berikut di kongsikan pula komen- komen netizen terhadap hantaran berkenaan.

Kehidupan usahawan dan pengacara terkenal Neelofa sering kali menjadi tumpuan orang ramai. Neelofa seorang usahawan yang sentiasa kreatif dan sentiasa mencipta kelainan dalam mempromosikan produk.

Sebelum ini, beliau berjaya menarik minat warganet terhadap produk baru inai keluarannya dengan mencipta kelainan menghasilkan drama pendek persis drama di negara arab. Mudahan dengan keputuusan ujian makmal yang di kongsikan Neelofa ini, kembali meredakan kontr0versi yang melanda beliau dan produknya.

Sumber: ig neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!