“Dah mcm h4ntu Dato, maafkan saya” – Netizen

Macam-macam gimik yang dikongsikan beliau di media sosialnya. Sebahagiannya mendapat pujian dek terlihat lain daripada yang lain. Tak kurang juga rasa apa yang dikongsikan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida atau DSV ini mengundang kecaaman netizen kerana ia disifatkan tidak sesuai buat seorang yang mempunyai tahap dan usia sepertinya. Seperti pernah diakuinya, beliau memang seorang yang mempunyai sebab tersendiri terhadap apa dilakukannya dan tak boleh menjadi seperti orang lain biarpun ramai memintanya berubah.

Terbaharu DSV berkongsi cuplikan beliau dan krew yang membuat pengambaran rakaman untuk muzik video (MV) terbaharunya. Tampak lain sekali ‘penangan’ beliau kali ni. Biarpun demikian baharu 20 jam, hantarannya di IG itu sahaja mendapat 470k views.

Seperti biasa, ada yang memuji aksi beliau yang berbusana corak dam hitam putih dengan mekap ala nenek garang dalam filem animasi Alice in Wonderland itu sesuatu yang kreatif. Dengan gaun kembangnya, DSV dilihat bergantung dengan tali dan nampak nak ‘terbang’.

Kalau dilihat proses itu bukan mudah. Begitupun seperti coretannya, beliau juga mengakui tidak menyangka dapat melalui proses pembikinan MV itu. Apatah lagi perlu berdepan rasa s4kit dan pening bagi menjayakannya. Sejenis kegigihan juga tu…

Pasti MV yang dihasilkan pun gempak nanti. Sama-sama peminat beliau nantikan. Apatah lagi menurut DSV, beliau telah cuba memberikan hasil terbaik bagi menjayakan perjalanan pembikinan MV itu.

Dalam pada itu, tak kurang pula yang mempersoalkan mengapa mereka di belakang tabir bagi menjayakannya MV itu seolah menjadi beliau sebagai bahan jenaka. Dalam pada itu ada yang menjawab bukan mereka, sebaliknya DSV sendiri membayar mereka untuk dilihat seperti itu.

Menariknya komen itu hanya dibalas dengan emoji ‘ketawa berhingus’ oleh DSV. Tak kurang yang menjawab bagi pihak DSV bahawa apa dilakukannya itu adalah usaha keras DSV yang sedang berniaga tanpa mempedulikan apa saja kecaman pada dirinya.

Huh.. lain maciam cara berniaga abad ini ya… Tak kisah rupa dikecam macam-macam janji masyukkk ya Dato’.. Ramai juga yang memberikan komen keberaniaannya itu sesuatu yang susah juga hendak dilakukan oleh orang biasa.

“Makin lama macam makin tak betul dah”, “Apa ni apa benda ni.. taknak taknak”, “Lain citarasa Dato’ Vida ni”, “Berderau jntung aku tengok”, “Berani dan hebatlah Dato’, terbaik”, “Takde sape suruh Dato bers4kit2, rehatla Dato, tak lama lagi dah bln Ramadan. Kenapa try hard sgt. Dah bkn zaman Dato dah dgn umur Dato”, itu antara komen netizen.

Apa pun selamat maju jaya buat DSV. Seorang yang kental dengan kecaman. Yg bestnya biarpun begitu, makin ramai juga yang menyokong DSV kannan… Mungkin mereka pun nampak apa yang DSV nampak”.

Sumber : IG DSV

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!