“Tak lekang dgn sebut Allah, moga istiqamah” – Netizen

Umum sudah mengetahui mengenai perubahan positif yang berlaku kepada penyanyi Aliff Aziz. Segalanya bermula apabila penyanyi tersebut tergerak hati untuk menghantar mesej peribadi (DM) kepada Instagram Dakwah Tabligh Malaysia untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang tabligh. Perkongsian dakwah dalam Instagram berjaya menarik perhatian beliau dan sering memikirkan mengenai perkara tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Aliff bagaimanapun bersyukur kerana ditunjukkan jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah dan mendalami ilmu agama menerusi jemaah tabligh selepas hatinya tergerak melihat satu hantaran Instagram yang dikongsi bekas penyampai radio, Faizal Ismail (FBI).

Sebagai rekod, nama dan kerjaya seni Aliff menjadi agak kelam setelah beliau kerap terpalit dengan pelbagai isu panas bermula dengan sikapnya sebelum ini yang pernah berlaku cvrang dengan isterinya Bella Astillah.

Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah. Pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Setelah sekian lama menyepi, Aliff akhirnya membuat kemunculan semula untuk menghiburkan para peminat beliau menerusi penyertaan beliau di dalam pertandingan Gegarvaganza musim ke lapan. Persembahan beliau saban minggu menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang.

Menerusi Instagram official hlive, satu temuramah yang di lakukan oleh wartawan terhadap penyanyi Aliff Aziz selepas konsert minggu ke empat Gegarvaganza telahpun di kongsikan buat tatapan para pengikut akaun Instagram tersebut.  Intipati temuramah berkenaan bertanyakan mengenai persembahan Aliff pada minggu itu.

Namun sudah menjadi lumrah sebagai artis perlu berhadapan pelbagai soalan yang positif dan negatif daripada para wartawan. Aliff juga tidak terlepas di tanyakan soalan yang agak sensitif oleh wartawan mengenai sikap Aliff sebelum ini yang pernah mencetuskan kntrversi. Para wartawan bertanyakan mengenai pandangan Aliff sekiranya terdapat pihak yang cuba menyebarkan aib dirinya sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut penyanyi lagu Sayang- sayang itu, beliau berkata beliau hanya meletakkan sepenuhnya pergantungan beliau kepada Allah. Beliau tidak mampu untuk mengawal semuanya dan berkata sebaik mana pun seseorang individu itu, masih tidak dapat menghalang sekiranya masih wujud segelintir pihak yang tidak sukakan individu berkenaan. Apatah lagi keadaan dirinya yang pernah berbuat kesilapan suatu masa dahulu.

Buat dirinya apa yang lebih penting kini adalah untuk menjaga hubungan beliau bersama Allah dan sentiasa melakukan perkara mengikut perintah suruhan serta menjauhi larangan di dalam agama islam.

Menjengah keruangan komen, ramai netizen yang merasa amat kagum dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Aliff. Rata-rata netizen merasakan bahawa penyanyi dan pelakon berkenaan matang dalam memberikan jawapan malahan sangat tenang dalam menjawab soalan- soalan yang agak sensitive daripada para wartawan. Berikut dikongsikan komen-komen netizen tersebut.

“Masha allah ..semoga kehidupan kita semua akan menjadi lebih baik dan semakin baik semuanya hanya kerana Allah berhentila berkata buruk tentang orng lain atau menceritakan keburukan orng pd masa lalu mungkin asbb keburukkan pada masa lalu menjadikan dia lebih baik dr kita semua..” – Netizen

“Subhanallah.. Semoga dipermudahkn segala jln kebaikn untk aliff.. Smga kita juga dpt menuju jln kebaikn suatu hari nanti.. Smga pengakhiran yg baik buat kita semua Aamiin2” – Netizen

“Kita jngan terlalu memandang hina dengan masa lalu , sebab kita tak tahu masa depan dia macam mana mungkin lebih baik dari kita “ – Netizen

Siapa sangka penyanyi tersebut boleh berubah 360 darjah dan tidak lagi berkelakuan seperti sebelum ini lagi. Semoga Aliff Aziz akan sentiasa istiqamah dengan penghijrahan beliau ini.

Ramai peminat yang sudah mula buka mata dengan perubahan mendadak penyanyi tersebut. Malahan bakat besar beliau dalam bidang nyanyian di akui oleh para peminat menerusi penyertaan beliau di dalam pertandingan Gegarvaganza musim ini.

Sumber: ig official hlive

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!