“Penat sgt kerja tak cukup rehat” – Datin Shahida

Bukan mudah untuk senang malah bukan susah untuk susah. Ungkapan sebegini sering kali kedengaran dalam kalangan netizen. Apabila seseorang itu berjaya, pasti ada kesuulitan yang pernah dilalui dan diharungi untuk capai sesuatu kejayaan itu. Lebih-lebih lagi golongan usahawan antara yang ramai lalui pahit getir dalam membangunkan perniagaannya sehingga tahap yang memuaskan.

Termasuklah usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri yang juga bersusah payah bersama isterinya iaitu Datin Shahida untuk membangunkan perniagaan mereka.

Di sebalik kekayaan yang telah dikongsi oleh Aliff Syukri di laman Instagramnya, terselitnya rasa penat yang tiada penghujungnya apabila bergelar usahawan ini.

Walaupun Aliff Syukri mempunyai ramai pekerja, beliau tetap turun padang bersama-sama pekerjanya untuk menjalankan perniagaan di merata tempat.

Semangat seperti usahawan terkenal inilah yang kita mahukan. Tidak pernah kenal erti lelah dan penat sehinggakan beliau hanya tidur beralaskan lantai sahaja.

Baru-baru ini Shahida berkongsi video yang jelas menunjukkan suaminya sedang rehat tidur selepas berhempas pulas berniaga di salah sebuah tempat.

Shahida sendiri memberitahu, suaminya tidak cukup rehat dan terlalu penat sehinggakan tidur hanya beralaskan lantai sahaja.

Perjuangan Aliff Syukri dalam menaikkan perniagaannya membuatkan netizen bangga dan gembira melihat hasil kejayaannya sekarang. Bukan senang nak senang bak kata netizen.

Dalam pada itu, video dimuatnaik Shahida telah menerima 359,000 tontonan dan komen-komen yang positif daripada pengikut mereka.

Semoga kisah kejayaan Aliff Syukri dan Datin Shahida jadi penguat semangat untuk peniaga di luar sana ye. Bukan senang nak senang kan..

Sumber: instagram shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!