“Tak kan tak survey hotel tu dulu, disambut baik dah tu” – Netizen

Tak dinafikan hasil usahanya sebagai usahawan kini wajar menjadi ikutan mereka yang mahu menjadi kaya dan berjaya sepertinya. Mesti ramai yang mengidolakan Datuk Seri Vida atau DSV dalam dunia perniagaan bukan? Banyak aspek positif dirinya yang wajar diikuti. Begitupun… peelnya yang satu ini iaitu suka ‘memekik’ sesuka hati tak pasti pula sama ada patut juga dicontohi atau sebaliknya.

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini jika menjengah ke perkongsian DSV di medsosnya banyak pulak ‘scene’ memperlihatkan dirinya yang tampak suka menjer1t dan terpekiik sesuka hati.

Bagi yang tak biasa mendengar ‘bunyik’ sebegitu, boleh bingit juga telinga dibuatnya. Mana taknya, DSV guna ‘high pitch’, lontaran dari dalam perut gitu… Tak pasti pula mengapa beliau gemar begitu.

Bagi netizen yang perasan akan dirinya suka berbuat demikian seperti dalam hantarannya kali ini, pasti tak dapat berdiamkan diri selain mencoretkan tanda tanya dan luahan hati di ruangan komen.

“Xmalu ko terpekik pekik”, “anak anak dato’ baeeek sangat menenangkan Dato’ supaya tak bersuara keras.

“hahaha datuk2 masha Allah, comel jee karenah datuk ni.” “mungkin stok habis kot ”, “Bagusnya anak2 dia lebih matured dr mama dia yg overrrr acting selalu”, “Suka tengok anak2 dato pandai nak cool kan mamanya. Terbaik la cik b dgn kacak.”

Itu antara komen netizen. Pun begitu, di sebaliknya kerenah nan satu DSV tersebut, ramai pula yang melihat anak-anaknya, Kacak dan Cik B yang nampak lebih cool jika dibandingkan dengan maknya, suka ‘mengilai’.

Terdahulu dalam video dikongsikan DSV beliau memperlihatkan rasa kesal kerana bercuti di Pulau Pangkor, namun tak dapat penginapan menghadap laut, sebaliknya dalam kawasan redup pokok dan tumbuhan.

Sambil melawat kawasan yang mana pihak pengurusan menunjukkan ruang rehat yang ada, banyak DSV berbual sambil menunjukkan reaksi ‘kurang gemar’nya itu pada anak-anaknya sehingga ditenangkan mereka.

Tak tahan tu… kalau dah namanya usahawan, sempat juga DSV promot ‘ubat ketiak’ nak kasi putih ya… Tengah promot tulah ada banyak adegan pekik-pekik tu… Tu la cara DSV nak promot ya.. korang?

Sumber : IG DSV

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!