“Baju sekolah tokti bukan beshe2, pengawas international punya”-Netizen

Melly Goeslaw cukup terkenal dengan lagu-lagu nyanyiannya ketika zaman sekolah dahulu. Siapa di antara kita yang layan dengan lagu Melly antaranya ‘Ku Bahagia’ pasti teringat dan rindu dengan zaman sekolah kita kan.. Memang menggamit memori tatkala mendengar semula lagu-lagu lama nyanyian Melly yang diputarkan di radio dan aplikasi muzik.

Malah konsert Melly yang julung kali diadakan di Malaysia telah menerima sambutan yang cukup hangat dengan tema pakaian ‘baju sekolah’.

Siapa sangka, penyanyi Dato Siti Nurhaliza pun peminat Melly tau. Beliau sanggup hadir ke konsert Melly baru-baru ini di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur.

Ramai peminat Melly hadir dengan berpakaian baju sekolah termasuklah Tokti sendiri. Comel je bila lihat Tokti berpakaian uniform sekolah dengan konsep uniform pengawas.

Tokti antara selebriti yang menjadi perhatian ketika berlangsungnya konsert Melly pada malam Jumaat lalu selepas perkongsian video oleh instagram Hlive.

Selain itu, video dimuatnaik Hlive telah menerima 274,000 tontonan dan reaksi teruja netizen menerusi ruangan komen. Netizen juga sempat mengusik uniform sekolah yang dipakai Tokti ketika konsert Melly.

“Pengawas hogwart school versi musl1mah ni, pakai baju sekolah pun muka still macam budak sekolah, comelnya tokti”- Netizen

Melihat video dikongsi di Hlive itu, kelihatan nama Tokti dipanggil oleh Melly ketika berlangsungnya konsert berkenaan.

Melly pun ikut teruja apabila penyanyi nombor satu Malaysia hadir menyokong persembahan beliau.

Sukanya tengok Tokti pakai baju sekolah. Nampak betul-betul macam pengawas sekolah kan..

Sumber: Instagram Official Hlive

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!