“Tudung tu pakai la, jgn p sana ja pakai”- Netizen

Gajet atau telefon pintar antara barang elektronik yang menjadi kewajipan buat kita semua di zaman berteknologi canggih ini. Setiap hari kita pasti berhubung dengan seseorang menggunakan telefon tanpa mengira masa. Bukan itu sahaja, kita juga boleh akses pelbagai info dan laman sosial media hanya di hujung jar1 sahaja di mana-mana sahaja.

Namun teknologi canggih seperti telefon pintar sudah pasti ada kekurangannya juga. Kehadiran telefon pintar yang canggih ini membuatkan kita terlalu obses dengan penggunaan telefon lebih daripada 12 jam.

bukan itu sahaja, ketika berada di meja makan pun telefon tetap ada bersama menyebabkan tiada waktu terluang bersama keluarga tercinta.

Seperti selebriti Fasha, beliau mendedahkan dirinya dan keluarga bersama suami sering mempraktikkan ‘No Handphone’ ketika berada di meja makan. Bukan semua orang mudah untuk melakukannya, kan?

Menerusi temuramah bersama Fasha, beliau baru-baru ini menunaikan umrah dan mempraktikkan gaya ‘old school’ dengan tidak memuatnaik sebarang gambar atau video ketika berada di Tanah Suci di sosial media.

Bagi Fasha, kedatangannya ke Tanah Suci adalah ruang untuk beliau fokus beribadah dan semua orang memiliki cara masing-masing.

Menurut Fasha lagi, beliau bersama keluarga juga telah mempraktikkan untuk tidak memegang telefon ketika bercuti atau ke mana-mana sahaja.

Rata-rata netizen memuji tindakan Fasha yang mendidik anak-anaknya untuk tidak terlalu terdedah dengan penggunaan telefon dan ada waktu terhad untuk penggunaan gajet. Syabas Fasha.

Sementara itu, video temubual Fasha yang dimuatnaik oleh Budiey Chanel menerusi Instagram telah ditonton sehingga 26,000 tontonan dan menjadi perhatian ramai netizen.

Sementara itu juga, ada juga netizen yang mempertikaiakan kenapa Fasha tidak pakai tudung, dengan tenang Fasha menjawab suruh netizen doakan untuk dia dan tidak melenting pun..

Alhamdulillah bagusnya tengok cara Fasha fokus ibadah umrah dengan tanah suci baru-baru ini.

Sumber: Instagram Budiey Channel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!