“Syukur pd Allah, senang hati dpt tgk post UEL lg” – Netizen

Kebahagiaan itu terletak pada betapa tenangnya jiwa seseorang. Kebahagiaan juga tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kebahagiaan hanya boleh diperoleh jika kita benar-benar redha dengan ujian yang diberikan Allah. Bukan senang seorang manusia itu untuk mencapai kebahagian. Ada manusia duitnya banyak tetapi hati dia tidak tenang. Ada manusia susah kehidupannya namun dia gembira kerana masih mampu bersyukur kepadaNya.

Ustaz Ebit Lew sering dikenali sebagai ustaz yang sentiasa membantu golongan yang tidak berupaya dan tidak berkemampuan. Beliau juga sering dilihat sangat menyayangi isteri dan anaknya. Namun, seperti roda, hidup yang tenang dan gembira akan juga melalui duka dan nestapa.

Seperti kita ketahui, Ustaz Ebit menerima banyak kec4man tentang pelbagai isu dengan beberapa individu. Namun, beliau merasakan keluarga beliau adalah isu paling penting bagi dirinya dan harus beliau utamakan.

Baru-baru ini, ustaz berkongsi sebuah video dimana beliau dan keluarganya bersiar-siar di pantai.

Dilihat Ustaz Ebit kelihatan sungguh tenang dan gembira bersama isteri dan anak-anaknya. “Bahagia di hati kita berterima kasih pada Allah” kata Ustaz Ebit dalam kapsyennya.

Netizen juga turut merasai kegembiraan Ustaz Ebit dan mendoakan kebahagiaan beliau berkekalan. Bukan itu sahaja,ada juga netizen yang senang hati apa ila ustaz berkongsi kembali perkembangan beliau dalam sosial media.

Kadang kala, kebahagiaan itu datang secara tidak langsung daripada doa dari orang sekeliling. Kita sebagai manusia tak dapat lari dari kesilapan. Namun dari kesilapanlah kita akan menjadi orang yang lebih baik dan akan lebih mengejar kebahagiaan akhirat.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!