“Haha macam player 001 jaa” – Netizen

Sejak kebelakangan ni, Squid game je yang asyik-asyik keluar di wall fb min. Banyak sangat telatah lucu netizen yang meniru aksi pelakon filem squid game. Kalau buka apps TikTok lagilah, berlambak trend squid game ni. Kadang-kadang terlepas juga tawa yang hampir sama seperti Kak Ponti mengilai. Siapa je yang tahan hati melihat aksi netizen yang nakal kan. Netizen kalau dah mula bertiktok, memang tak sah lah kalau tidak mencuit hati.

Macam Achey, dia pun ikut sama terjebak dengan trend squid game ni. Squid game ni kan cerita asal dari Korea. Memang gempaklah cerita tu sekarang. Rasa-rasanya semua tahu kot drama ni.

Tak payah taip kat Netflix pun, memang dah terang-terang terpampang dalam bahagian drama recommended tu. Min dah try tengok, memang seronok drama ni. Bercampur baur perasaan semasa menonton drama squid game.

Achey kalau tak buat lawak sehari memang tak lengkap kali kehidupannya kan. Kihkihkih. Ada je idea Achey nak menghiburkan para peminat yang setia mengikuti perkembangan harian melalui akaun Instagramnya.

Pada 15 jam yang lalu, Achey telah mengongsikan satu rakaman video TikTok beliau yang berdurasi selama kurang daripada seminit. Aduhaiii, berterabur gelak min melihat gaya Achey dalam rakaman video TikTok tersebut.

Memang padanlah Achey dengan kerjaya pelawak yang dipilihnya. Dengan muka selamba je Achey buat lawak di hadapan kamera yang akan ditonton oleh 4.5 million followers Instagramnya.

Dalam video perkongsian Achey yang mendapat sambutan hangat daripada netizen dengan 51,125 tontonan serta 53 komen tu, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Achey di sana.

Nak kata seperti barisan pelakon squid game tak juga, nak kata menari pun tak juga 100%. Alahai Achey, bingung min nak panggil apa. Mula-mula tu Achey nampak la seperti player 001 dalam drama squid game tu, tapi tak lama kemudian Achey mula menari dengan lagu latar Blackpink pula. Hahaha..

Dah lah reaksi wajah Achey tu lucu, ditambah lagi dengan posing-posing serta gaya acah-acah menarinya itu. Jom lihat video perkongsian Achey tu di bawah.

Komen daripada para warganet ni semua kebanyakannya bagi emoji ketawa tu je. Dah tak dapat diungkap dengan kata-kata la lawak Achey ni.

Achey ni memang jenis yang tak ketinggalan punya. Ada je trend terkini, pasti semua disapu nak ikut.

Namun yang menarik perhatian min adalah wayang Frontliner yang boleh dilihat terpampang melalui screen televisyen kat belakang Achey tu. Filem pendek ni tersenarai antara tontonan yang paling trending dan viral di Malaysia.

Filem ni dihasilkan berikutan kejadian pndemik cvd yang berlaku di seluruh negara semenjak tahun lalu. Jerih payah para barisan hadapan negara seperti petugas kesihatan, polis, tentera, penghantar makanan dan petugas kebersihan yang saban hari berjuang tanpa mengenal erti takut benar-benar berjaya menyentuh hati setiap rakyat Malaysia.

Filem ni memang hebat sebab berjaya masuk ke dalam Netflix walaupun telah menerima pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak. Mana-mana pembaca yang masih belum menonton wayang ni, lepas ni bolehlah cari di Netflix. Tak rugi tengok filem yang mendapat pujian daripada netizen ni.

Sumber: Instagram Achey

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!