“Sy tertanya tnya Yusuf tak penat ke asyik cakap benda yg kena guna otak” – Netizen

Kanak-kanak sememangnya tidak pernah putus dengan idea. Ada sahaja topik ataupun perkara yang berada di dalam otak mereka. Umur masih muda kan, baru mahu mengenal dunia. Sudah tentu otak mereka sangat-sangat aktif memikirkan semua benda. Lagi satu, kanak-kanak memang gemar bercakap. Kalau dalam rumah memang satu hari tu penuh dengan persoalan mereka yang tidak pernah putus bak air mengalir.

Setiap anak mempunyai personaliti yang berbeza antara satu sama yang lain. Walaupun dijaga oleh ibubapa yang sama namun personaliti mereka tetap berlainan. Senang je nak tahu anak korang ni mempunyai jenis personaliti yang bagaimana. Bawa je mereka naik kereta selama berjam-jam lamanya.

Pasti segala tingkah laku mereka dapat diperhatikan dengan jelas. Seperti anak-anak Hanis Zalikha dan juga Hairul Azreen, tingkah laku anak-anak mereka yang dirakam sewaktu dalam perjalanan balik ke kampung berjaya mencuit hati para warganet.

Kedua-dua anak Hanis ini mempunyai gaya yang tersendiri semasa berada dalam perjalanan balik ke kampung halaman Hanis. Video perkongsian Hanis ini mengongsikan beberapa peringkat ataupun fasa yang ditunjukkan oleh anak-anaknya semasa mereka sedang menuju ke destinasi mereka.

Fasa yang pertama merupakan perkara yang paling digemari oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak kecil iaitu fasa menghiburkan diri sendiri ataupun ‘self-entertainment’. Kedua-dua anak perempuan dan lelaki Hanis memilih untuk menyanyi dalam ‘fasa’ ini. Seterusnya adalah fasa bertanyakan soalan “dah sampai ke belum”.

Rasa-rasanya bukan kanak-kanak sahaja yang akan mengutarakan soalan sedemikian. Orang dewasa juga kerap bertanyakan soalan yang sama sekiranya hati sudah tidak sabar untuk sampai ke destinasi. Sempat juga Alisa menjawab pertanyaan abangnya itu.

Manakala Yusuf pula memilih untuk menyelesaikan beberapa soalan matematik sementara menunggu saat tiba ke destinasi. Namun yang lucunya adalah apabila Yusuf bertanyakan soalan yang sama sama ada mereka sudah sampai atau belum ke tempat yang hendak ditujui. “Shhh,” balas Alisa kepada abangnya. Alahai, dah naik bosan ke dengar Yusuf bising tu? Kahkahkah.

Selepas itu, sempat juga Yusuf mencipta lagu baharu dengan lirik yang unik. Memang tak boleh duduk diam betul Yusuf ni kan. Terpaksa saja Alisa menahan geram dengan abangnya ini.

Punya main gembira lagi mereka berdua apabila akhirnya perjalanan mereka berakhir setelah sampai ke destinasi yang ingin dituju. Sambil tersenyum lagi kedua-dua adik beradik ini.

Perkongsian Hanis ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mana rata-rata terhibur dengan celotoh kedua-dua Yusuf dan Alisa. Baru 7 jam yang lalu semenjak ianya dikongsikan, posting Hanis in sudah berjaya mendapat sebanyak 397,854 tontonan dan 522 komen.

Wah, sememangnya telatah kedua-dua Alisa dan Yusuf berjaya menghiburkan hati para penonton. Harap selepas ini Alisa dan Yusuf jangan bergduh nak berebut minta dukung ibu lagi ye. Hehehe..

Sumber: Instagram Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!