“Sy sgt suka kalau Shuib lebihkan ibu dia dr sy, mak Shuib itu adalah mak sy”- Arwh Siti Sarah

Satu demi satu kebaikan allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin terbongkar di laman sosial media. Banyak kebaikan yang dilakukan oleh arwh Sarah tanpa ramai ketahui termasuklah juga suaminya, Shuib. Sejak pemergiaan Sarah pada isnin lalu, laman sosial media dipenuhi dengan kisah kebaikan yang dilakukan oleh Sarah sepanjang hayatnya. Sikap pemurah dan suka membantu orang lain dalam berkongsi rezeki antara amalan yang dilakukannya tanpa menghebahkan kepada sesiapa. Betapa mulianya hati insan bernama Siti Sarah Raissuddin ini.

Selain daripada kebaikan allahyarham yang suka berkongsi rezeki dan membantu insan yang memerluukan, Siti Sarah juga adalah seorang yang begitu taat pada suaminya. Sarah juga sering mendahuluukan suaminya dalam apa jua keadaan.

Lebih mengejutkan, Sarah sering meminta Shuib mendahuluukan hal ibunya lebih dari diri Sarah sendiri dan menganggap ibu mertuanya itu sebagai ibunya sendiri selepas kehiilangan ibu kandungnya sejak lima tahun lalu.

Hal demikian pernah dikongsikan oleh Sarah menerusi temubualnya bersama program Wanita Hari Ini dengan tajuk ‘Redha Seorang Isteri’. Menerusi video di laman Youtube pada minit ke 18:40 saat itu, Sarah menceritakan perihal dirinya yang sangat suka apabila Shuib melayani ibunya lebih dari dirinya sendiri.

Sarah juga pernah memberitahu, dia sering memastikan suaminya akan memberi duit yang secukupnya kepada ibu dan sedikit pun tiada perasaan iri hati Sarah pada ibu mertuanya.

Itulah salah satu kebaikan yang arwh Sarah pernah lakukan dan semestinya ia boleh diambil contoh buat semua isteri di luar sana. Redha seorang isteri adalah kunci kepada jalan syurga.

Dalam pada itu, Shuib telah berkongsi satu video momen menunjukkan arwh isteri kesayangannya ketika di Mekah beserta kapsyen ‘Terlalu Rindu’ menerusi laman Instagramnya.

Video tersebut telah menjadi tumouan ramai netizen sehingga ditonton hampir satu juta tontonan. Ruangan komen dipenuhi kata-kata semangat daripada rakan rakan artis serta netizen.

Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan agar Shuib diberi kekuatan untuk menempuh dugaan yang dilaluinya itu.

Alhamdulillah, banyak kisah kebaikan allahyarhamah Sarah jadi tular hari ini. Semoga kebaikan yang dilakukan Sarah boleh dijadikan contoh dan teladan buat kita semua.

Sumber: Laman Y0utube TV3 Malaysia Official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!