“Semoga Uwais kuat jd anak soleh. Boleh doakan ibu, tlg daddy jaga adik2” – Netizen

Petang semalam setelah selesai pengebumian arwh isterinya, Shuib di tanya oleh wartawan mengenai anak- anak beliau sama ada sudah mengetahui tentang perkhabaran sedih pemergian arwh ibu mereka. Shuib bagaimanapun menjelaskan bahawa anak-anak masih belum dimaklumkan mengenai hal tersebut dan beliau memohon diberikan kekuatan untuk memaklumkan berita yang amat menyedihkan itu kepada anak- anaknya.

Shuib juga sempat membuat siaran langsung menerusi Instagram beliau menitipkan pesanan kepada orang ramai mengenai bahaaya cvd yang telah meraagut nyaawa isterinya. Sepanjang siaran langsung hampir 1 jam itu, Shuib juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus mendoakan arwh isterinya serta membuat bacaan Yasin untuk kesembuhan isterinya itu sebelum ini.

Pengorbanan arwh Siti Sarah yang berjuang demi menyelamatkan anak dalam kandungannya begitu menyentuh hati rakyat Malaysia. Kisah beliau sebagai seorang isteri yang taat dan ibu yang baik kepada suami malahan beliau juga sebagai seorang wanita yang suka bersedekah cukup memberikan inspirasi kepada masyarakat khususnya golongan wanita.

Arwh Siti Sarah di semadikan di Tanah Perkuburan Gombak serta turut sempurnakan oleh suaminya Shuib sendiri. Hebat sungguh keperibadian arwh kerana setelah pemergian arwh satu demi satu kebaikan arwh telah dikongsikan oleh rakan- rakan artis dan orang – orang yang mengenali dirinya.

Sejak kelmarin ramai yang bertanyakan mengenai reaksi anak- anak Shuib mengenai penerimaan mereka terhadap berita pemergian ibu mereka. Terkini menerusi Instagram Arwh Siti Sarah, sebuah video yang memaparkan reaksi anak- anak Shuib telah dikongsikan bersama para peminat yang sangat perihatin terhadap anak- anak arwh Siti Sarah dan Shuib.

Para permulaan video, dapat dilihat anak sulung mereka iaitu Uwais telah bertanyakan mengenai berita yang dilihatnya di saluran Youtube serta berkali – kali inginkan kepastian daripada bapanya itu.

Shuib kemudiannya mengajak anak- anak supaya berada berdekatan beliau dan menjelaskan satu persatu kepada anaknya.

Lebih menyedihkan apabila Shuib memberitahu bahawa ibu mereka tidak akan pulang lagi, anak sulungnya Uwais terus memeluk bapanya tanpa banyak soal dan ketiga – tiga anaknya juga terus memeluk Shuib sambil menangis kerana terkejut dan merindui ibu mereka.

Menjengah keruangan komen, netizen berkata mereka tidak sanggup dan tidak sampai hati melihat reaksi anak- anak Shuib yang seakan sangat terkejut kerana seakan tidak percaya dan menangis apabila mendengar sendiri berita berkenaan daripada bapa mereka.

Netizen juga tidak putus – putus mendoakan agar anak – anak dan Shuib sendiri diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan berkenaan. Sehingga kini bukan sahaja anak- anak arwh Siti Sarah dan Shuib malahan netizen juga masih terasa pemergian arwh walaupun tidak pernah bersua muka ataupun mengenali arwh secara peribadi. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

“Ya Allah tak boleh imagine anak² tak sempat tgk Ibunya dimandikan, dikafankan dan disemadikan buat kali yang terakhir. Tau² je Ibu da selesai semua tu. Sedihnya ya Allah. Semoga anak² Sarah menjadi org² yang baik dan beriman suatu masa nanti. Menjadi ladang pahala buat ibubapa mereka. Inshaa Allah” – Vie Shanti Khan

“Ya Allah sedihnya…tak dapat nak tahan air mata…berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul…Insya Allah anak2 ibu akan jadi anak yg hebat di mata Allah,soleh solehah” – Datin Shahida

“AllahuAkbar. Dear dear children. Auntie du’akan anak Shuib dan Almarhumah Sarah sentiasa soleh solehah wa musleh muslehah, sentiasa berdu’a supaya dijadikan sadaqah jariah buat ibubapa mereka. Moga dipertemukan semula di Jannatul Firdausi ‘Ala . Aamiin Allahumma Aamiin.” – Lisa Surihani

Walaupun masih kecil namun ketiga – tiga  kanak – kanak tersebut mampu bertenang dan menerima berita pemergian ibu mereka dengan redha. Hebat sungguh didikan arwh Siti Sarah dan Shuib.

Sedih dan sebak melihat anak – anak Arwh Siti Sarah dan Shuib yang masih lagi dalam peringkat usia kanak- kanak telah kehilangan kasih sayang seorang ibu.

Apatah lagi Ayash Affan yang belum sempat merasai dan mengenali ibunya. Anak – anak arwh Siti Sarah dan Shuib berkata mereka amat merindui arwh ibu mereka itu. Semoga anak – anak serta Shuib terus cekal dan diberikan ketabahan dalam mengharungi dugaan ini.

Sumber : ig siti sarah raissudin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!