“Muka Shuib menahan kesedihan tp kuat tersenyum depan anak-anak”- Netizen

Takdir, ajal dan maaut seseorang telah tertulis oleh Allah SWT. Satu Malaysia telah dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi tersohor, arwh Siti Sarah Raissuddin pada Isnin lalu. Tidak dinafikan, Pemergiaan arwh Siti Sarah adalah satu kehilangan besar buat industri seni tanah air. Rahsia amalan kebaikan yang dilakukan arwh Sarah ketika hayatnya juga terungkai setelah diceritakan oleh ramai kenalan artis dan sahabat terdekat menerusi laman sosial media mereka.

Jelas sekali, kehiilangan Sarah adalah satu dugaan besar buat Shuib sebagai suaminya. Shuib dan Sarah yang telah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun telah banyak mengharungi cabaran bersama-sama.

Setia dan taatnya Sarah sebagai seorang isteri menjadikan rumah tangga mereka lebih aman dan bahagia.

Walaupun Shuib telah kehilangan Sarah, Shuib kelihatan cukup kuat di hadapan empat orang anaknya iaitu Uwais, Talitha, Matin dan Ayash Affan. Posting terbaru yang dimuatnaik Shuib telah menjadi perhatian ramai.

Shuib mengambil hati anak-anaknya dengan membelanjakan aiskrim bubble bee buat anak-anaknya. Shuib jelas kelihatan kuat demi anak-anaknya. Wajah sayu jelas dilihat dari air muka Shuib di akhir video namun Shuib tetap ‘steady’.

Posting video Shuib telah menerima hampir satu juta tontonan memandangkan ramai netizen sentiasa ternanti-nanti dengan posting terbaru daripada Shuib. Ruangan komen sentiasa dipenuhi dengan komen positif dan kata-kata semangat daripada rakan rakan artis serta netizen.

Sementara itu, posting instagram story shuib telah memuatnaik sebuah gambar beserta kapsyen yang cukup menyentuh hati. Shuib mengimbau kenangannya bersama arwh isteri tersayang yang telah pergi sejak Isnin lalu.

Posting di laman Instagram Shuib juga sentiasa dipenuhi dengan kenangan-kenangannya bersama arwh Siti Sarah.

Penyanyi Siti Sarah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak Selangor. Allahyarhamah telah mngalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Sayunya tengok muka Shuib part last video tu. Semoga Shuib sentiasa kuat demi anak-anak.

Sumber: Instagram Shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!