“Dia nak istana, akhirnya dia pergi istana syurga”- Netizen

Permintaan seorang isteri itu jika sang suami tunaikan, dengan izin Allah, Allah akan permudahkan urusan sang suami dan mengurniakan sang suami lebih banyak rezeki. Namun, bukan senang untuk para suami sekarang ini menunaikan kehendak dan permintaan isteri. Itu yang membuatkan isteri ingin mencari pendapatan sendiri supaya kehendak dan keinginan diri dapat dipenuhi tanpa memerluukan bantuan suami.

Namun bukan semua suami sebegini. Masih wujud suami-suami yang suka tunaikan kehendak dan permintaan isteri mereka. Kita ketahui pelawak tempatan kita sangat menyayangi isteri beliau, Siti Sarah walaupun Sarah sudah pergi buat selamanya. Sarah yang baru pergi semalam telah membuat seluruh Malaysia meruntun sedih akan pemergiannya.

Apabila perginya seseorang dijemput Illahi, maka gambar dan video yang ada lah yang akan menjadi kenangan dan memori setiap orang yang merinduinya. Untuk seorang selebriti seperti Siti Sarah, beliau juga pernah memasuki beberapa rancangan televisyen semasa beliau masih hidup.

Termasuk jugalah rancangan tv ‘Trek Selebriti’ dimana terdapat sepotong rakaman dari rancangan tersebut Siti Sarah bersama hos rancangan membuat ‘pr4nk’ pada Shuib.

Di dalam rakaman rancangan tersebut, dilihat Shuib bersetuju setelah ‘dipujuk’ Siti Sarah untuk membayar rm350 ribu untuk membuat muzik video salah satu lagu baru Siti Sarah ketika itu.

Bukan itu sahaja, Siti Sarah juga ‘pr4nk’ suaminya dengan mengatakan Iphone yang baru dibeli oleh Shuib telah dibaling oleh anak ketiganya, Mateen dan sekali lagi Shuib bersetuju untuk membeli lagi satu telefon baru menggantikan telefon yang rosak itu.

Sarah dan pengacara tv tersebut dilihat terkejut kerana Shuib sudi bersetuju untuk kedua-dua permintaan isterinya itu. Isterinya juga sempat berseloroh ingin meminta istana memandangkan suaminya bersetuju dalam kesemua hal.

Netizen yang terharu melihat video tersebut ramai yang mengatakan arwaah Siti Sarah sudahpun mendapat istana yang dimintanya di dalam syurga Allah. Pada mereka mungkin Siti Sarah bergurau ketika itu namun siapa tahu ia adalah doa yang dimakbulkan Allah.

Semua ini adalah ketentuan Illahi. Tiada siapa tahu rahsia Allah. Mungkin dalam dunia kita tidak nampak sinar yang Allah beri, mungkin Allah hendak memberi kita sebuah pengakhiran yang cantik dan sempurna.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!