“Sweetnya Anis dgn Zul, ada somethinglah dia orang” – Netizen

Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini memang perihal mereka berdua acap diperkatakan terutama menjadi bualan di media sosial. Mana tidaknya kedua-duanya dikatakan sama cantik dan sama padan, sesuai bergandingan bukan sahaja di kaca televisyen atau layar perak, bahkan juga di dunia realiti. Sebegitu sekali harapan netizen terhadap pelakon, Ruhainies dan Zul Ariffin.

Jika diikutkan memang dah selalu tular akan foto mesra mereka berdua sampaikan ramai menyangka hubungan mereka seperti ada sesuatu. Begitupun sehingga kini kedua-dua seperti bermain tarik tali.

Umpama teman tapi mesra, tak kurang netizen yang sering melahirkan rasa suka melihat kelibat mereka berdua yang dikatakan serasi bersama, malah gembira jika mereka berjodohan.

Lihat saj4lah video dikongsikakan aktres kecik molek ini di Instagram nya. Tampak rapat betul tatkala lengan Ruhainies disentuh Zul. Ramai juga peminat yang mahu merakam foto dengan mereka di satu majlis melibatkan mereka semalam.

Dek kelihatan mesranya mereka itu, hingga ke tahap ada menyangkakan Ruhainies dan Zul sudah mendirikan mahligai bahagia bersama, namun belum mahu menguar-uarkan kepada umum. Adeh…

“Weii seyes suke la tgok deme berdua”, ‘Sepadan sangat”, “Puas hati dpt tengok gbr berdua”, “Seyes suka tengok u ngn zul”, ‘sy suka sangat klu ruhainies dgn zul ariffin disatukan sebab secocok dan sepadan”.

Itu antara layangan komen netizen. Apa pun buat masa ini hanya mereka berdua yang tahu kebenarannya dan apa ada dalam hati masing-masing. Mana tahu masin mulut netizen. Doakan yang baik-baik sudah kan…

Pernah berkongsi dengan media hujung tahun lalu, kata Ruhainies, hubungan mesranya dengan Zul sekadar seorang rakan karib dalam industri sekali gus menepis dakwaan mereka berdua telah mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, selain Ruhainies, Zul juga pernah dikhabarkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa artis wanita. Terbaharu walaupun pvtus di pertengahan jalan, hubungannya didakwa kembali bertaut dengan seorang penerbit filem terkenal.

Selain berlakon, Ruhainies juga merupakan ahli perniagaan dan jurucakap produk. Dia merupakan adik kepada pelakon Risteena Munim. Selain itu, pada awal pembabitannya dalam dunia seni, wajahnya dikatakan agak seiras dengan pelakon Nora Danish.

Sumber : IG Ruhanies

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!