“Layak berduet dgn Siti Nurhaliza je Dato”- Netizen

Dato Aliff Syukri terkenal dengan gelaran ‘Raja Viiral’. Bukan setakat raja viral malah beliau juga sudah mula menceburi bidang nyanyian dan berhasrat ingin menjadi penyanyi terkenal. Sebelum ini juga, banyak lagu nyanyian Aliff Syukri menjadi topik bualan hangat netizen di media sosial. Siapa sangka, lagu Aliff Syukri pernah mengungguli carta lagu paling popular di Youtube. Gara-gara beliau raja viral, lagu pun ikut viral hehe..

Seperti dikatakan oleh netizen, beliau sememangnya tidak berbakat dalam bidang nyanyian dan suara yang kurang merdu. Aliff dilihat lebih sesuai dengan gelaran usahawan yang sudah lama berkecimpung dalam perniagaan selama 15 tahun.

Meskipun Aliff menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara suara sumbang, beliau tetap teguh dan bersemangat untuk menghasilkan lagu terbaru nyanyiannya lagi.

Malah netizen juga akui, tahap keyakinan Aliff memang tinggi dan tidak pernah putuus asa serta lebih menerima teguran daripada netizen.

Baru-baru ini, Aliff mengumumkan bakal mengeluarkan lagu terbaru nyanyiannya tidak lama lagi. Menerusi posting video yang dimuatnaik, kelihatan beliau dan isterinya Datin Shahida sedang praktis menyanyi bersama. Adakah mereka berduet bersama? Nantikan..

https://www.instagram.com/p/Cg4RlRIAC-p/?

Aliff juga memberitahu menerusi kapsyen ditulisnya, beliau mengambil cikgu vokal yang berpengalaman 10 tahun sebelum memgeluarkan lagu terbaru.

Malah Aliff juga mengatakan beliau sentiasa menerima teguran daripada peminatnya dan berusaha memperbetulkan vokal melalui kelas vokal.

Video Aliff itu juga telah ditonton sebanyak 85,000 tontonan dan menerima pelbagai respon daripada netizen di ruangan komen.

“Dato yang nyanyi saya yang ser4m, moga dipermudahkan segala urusan dato, awak saya tak sabar nak dengar”-Netizen

Macam mana lah agaknya lagu terbaru Dato Aliff Syukri kan. Duet dengan Datin Shahida ke? Tak sabarnya nak dengar lagu baru nanti.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!