“Suwittttnya, kita lak yang senyum sengsorang”- Netizen

Makin lama makin bersemut pulak pengantin baru ni. Sudah tentu bahagia aktres, Jasmin Hamid mempunyai pasangan hidup, Nazmir Abd Rahim, 36, sejak disatukan pada November tahun lalu. Yalah….apa tidaknya, jika dilihat secara luaran dan melalui perkongsian di medsos, pasangan ini tampak serasi sekali. Terbukti, perbezaan usia 12 tahun antara keduanya bukanlah penghalang untuk mengecap nikmat kebahagiaan dalam berumahtangga. Agak mencuit hati gelagat mereka.

Lihat sahaj4lah hantaran di IG Jasmin ini. Jika meninjau perkongsian dia sebelum ini pun tak kurang juga content nya yang menunjukkan Nazmir gemar memberi pick up line buat Jasmin sambil dibalas mesra isterinya itu. Pandai dia mengambil hati.

Ramai netizen mengakui turut menumpang bahagia dan diri sendiri pula tersenyum sipu melihat aksi mereka itu. Dalam usik-mengusik antara mereka, aura bahagianya mereka turut dapat pada netizen ya. Alhamdulillah… Syukurlah, moga kekal bahagia.

Dalam pada tak pernah pun bercinta sebelum bernikah, difahamkan selama lapan tahun Nazmir menjaga Jasmin sebagai pembantu peribadi peribadinya, dah tentulah banyak yang dia tahu akan baik buruk isterinya itu. Dah tentulah begitu juga sebaliknya.

Jasmin sebelum inipun ada mengakui mereka berdua masing-masing pernah berkawan dengan orang lain, jadi, memang tidak pernah menjangka sama sekali untuk ke fasa sekarang. Inilah gamaknya kata orang bercinta selepas nikah itu lebih manis.

Terdahulu Jasmin pernah berkongsi dengan media, untuk dirinya kembali membuka pintu hati kepada orang lain selepas lebih sedekad bergelar ibu tunggal bukan satu keputusan yang mudah. Apapun tempoh mereka saling mengenali juga barangkali membantu.

Mencapai ke kemuncak kerjaya pada tahun 1997 apabila memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997, Jasmin sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan Ian Rashid Macquistan dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ian Haziq yang kini berusia 20 tahun.

Takdir menentukan, begitupun, Jasmin dan Ian Rashid berpisah pada 2008. Jasmin juga mempunyai dua anak angkat iaitu Rohana dan Lukhman Hakim. Dalam masa sama, Jasmin bersyukur anak-anaknya dapat menerima kehadiran orang baharu dalam hidup mereka sebagai bapa.

Terdahulu, pelakon dengan nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 48, yang mencipta nama pada era 1990an dan kini bergelar antara pelakon hebat yang masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini juga melahirkan rasa hatinya.

Jasmin akur, bukan mudah buat seorang anak teruna seperti Nazmir menerima dirinya, apatah lagi tak tahu sama ada dia boleh memberikan zuriat lagi atau tidak. Apa pun sudah pasti mereka sudah sama-sama membincangkan tentang soal itu. Kita doakan saja yang baik-baik ya…

Sumber : IG Jasmin Hamid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!