“Susah nak nyanyi ehh, tu yg mummy selalu m4rah” – Netizen

Penyanyi yang mendapat tepukan gemuruh di pentas dek persembahan memukau pastinya berasa senang mendapat penghargaan itu daripada peminat dan penonton. Ya… menjadi pelantun bukannya mudah. Silap hari bulan boleh jadi di’b0oo…’ pula oleh netizen. Biarpun sudah bergelar senior dalam liga seni muzik, lihat saj4lah aksi Mas Idayu dan Faizal Tahir ini, mereka membuktikan menyanyi bukanlah semudah yang disangka.

Biarpun sudah lama dalam industri seni lagu, Faizal pun tetap tak dapat lari daripada kena komen semasa rakaman lagu ‘Santai’ versi dangdut bersama Mas Idayu atau mesra membahasakan diri sebagai ‘mummy’ ini.

Seperti dalam video dikongsikan sendiri oleh Faizal ini, dia diminta untuk membetulkan ton suaranya bagi mengikut lagu Santai versi kali ini. Makna kata, taklah yang senior nyanyi betul dan sedap semua.

Seperti orang lain, mereka juga tetap perlu belajar dan diperbetulkan jika terdapat kesalahan. Apa pun ramai memuji lagu Santai versi kali ini juga memukau halwa telinga pendengar.

“Ft pun kena komen .hahahaha”, “Abaikan je netizen yg negatif mcm terpaling tahu bab seni”, “Susah nak nyanyi ehh .. tu yg mummy selalu m4rah kan”, “I suka bideo lagu ni serius santai bj pon santai x over mmng relex je”.

“Jgn padam bro. Just fun and relax”, “Kita dgr mcm eh ah eh ah..rupanya nk nyanyi tu payah eh..sampai tersenget2 bahu dgn badan..fuhhh”, “Dahhh tengok..terbaaiikk..pls jgn delete..versi mummy ni paduuu”. Itu antara komen netizen.

Rupanya dalam ramai netizen mar4h kat Mas Idayu pasal komen pedasnya pada persembahan penyayi Sissy Iman tempoh hari dalam Family Duo, masih ramai lagi yang memuji dan suka dengan nyayiannya.

Terdahulu tak kurang netizen yang rajin mengorek video-video lama persembahan nanyian Mas Idayu bagi membuktikan yang wanita itu menyanyi tak seberapa, tetapi memberikan komen sedemikian pada Sissy.

Apa pun seperti tajuk lagunya, walaupun mummy selalu tampak garang, Faizal boleh saja ‘masyuk’ dengannya dan kelihatan santai sekali ketika rakaman video lagu tersebut.

Sekadar info, video muzik Santai versi dangdut itu telah dimuat naik di YouTube pada 10 Februari lalu. Kalau Faizal memang kita dah tahu level vokalnya. Walaupun dikritik, tampaknya Mas Idayu pun masih padu suara nyanyiannya.

Sumber : IG Faizal Tahir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!