“Sangkut hid0ng, sbb tu tak rasa mulut ci0m pipi” – Netizen

Mereka masih mempunyai ibu sememangnya seorang bertuah. Mana taknya golongan itu lazimnya mudah mendapat rahmat dan kasih sayangNya apabila melayani insan yang melahirkan mereka itu sebaiknya. Di kala ada pula sebahagian kita ‘berkira’ mencurahkan kasih sayang pada ibu dan malu menunjukkannya tatkala dewasa, selebihnya pula bersikap sebaliknya. Macam pelawak dan pengacara, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim ini…

Dah besar-besar pun tak malu mintak dici0m, bahkan Fikry tak lokek menunjukkan kasih sayangnya dengan ibu tercinta di medsos. Agak mencuit hati apabila aksinya itu mendapat perhatian netizen.

Apa tidaknya mintak dici0m oleh ibu, lucunya susah pulak nak sampai ci0man dari bibir wanita itu ke pipinya. Hinggakan Fikry terpaksa menyuruh berkali-kali untuk mendapat ci0man seperti dimahukannya.

Yang tak tahannya tu… ada pelbagai versi andaian netizen mengapa ci0man itu ‘tak sampai’ yang dikongsikan di ruangan komen hantaran video Fikry berkenaan.

“Hang tinggi sgt tu… kena tundukkan badan barulah mak dpt ci0m pipi betui betui…”, “Mak kata macam mana aku nak ci0m bulu penuh …”, “kecik2 mak selalu ci0m ..skrg dah besaq malulah plak mak”.

“X sampai la dia nak ci0m hang dok tgi plak tu hang pakai topi payah la…che hang dok dekat sua muka sungguh2 bukak topi”, “Pusing dlu cap tu bang mane maunye mak nak ci0m rope gitu”, “Bukan taknak, tapi tak sampai”.

Itu antara komen netizen. Tak kurang yang suka melihat cara Fikry melayan ibunya itu. Ramai menebak jika beristeri, pastinya wanita memiliki lelaki itu bertuah kerana merasakan Fikry tak lokek kasihnya.

Berusia 28 tahun, kerjaya Fikry bermula selepas dinobatkan pemenang tempat ketiga dalam program Lawak Solo 2016. Selain sebagai pelawak, Fikry juga seorang pelakon dan pengacara.

Sebelum ini Fikry pernah berkongsi yang dirinya terpaksa kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke kampungnya di Jitra, Kedah kerana lebih kerap bersama ibunya, Bibi Zaleha yang kadang kesihatannya tak menentu kerana s4kit angin ahmar.

Pernah juga menghidap str0ke, ibunya itu dikhabarkan kadang mengalami masalah ingatan hingga lupa nama anak sendiri. Moga kebaikan Fikry menyuntik inspirasi.

Sumber : IG Fikry Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!