“Boleh tak Anju dengan Zoey je, korg sepadan”-Netizen

Kisah cinta selebriti Zarina Anjoulie sentiasa menjadi perhatian warga netizen di laman sosial media. Siapa sahaja yang tidak mengenali Zarina Anjoulie atau mesra dengan gelaran Anju, cukup ramah dan disenangi ramai peminat. Meskipun Anju dihimpit dengan pelbagai kontroversi kisah cinta beliau, peminat Anju masih mendoakan yang terbaik buatnya.

Baru-baru ini, Anju mengalami dugaan setelah dirinya telah putuus tunang dengan salah seorang ahli perniagaan bernama Khazrul Elzey.

Pada awalnya, kisah hubungan cinta mereka menjadi bualan hangat netizen apabila beberapa video dan gambar Anju bersama Khazrul dikongsi di laman sosial media mereka.

Namun jodoh tidak berpanjangan apabila pertunangan mereka hanya tahan selama seminggu sahaja.

Melihat perkembangan Anju yang terkini, beliau menyibukkan dirinya dengan memberi fokus terhadap perniagaan produk sambal petai yang dijalankan oleh Anju sendiri. Malah beliau juga baru-baru ini memuatnaik foto mesra bersama rakan baiknya Zoey Rahman.

Menerusi kapsyen ditulis Anju pada posting berkenaan, Anju mengatakan sedang mencari calon isteri buat Zoey memandangkan Zoey masih berstatus bujang dan tidak memiliki teman wanita buat masa ini.

Kemesraan yang terjalin antara Anju dan Zoey membuatkan ramai peminat tetap mendoakan jodoh mereka bersama.

Bila melihat Anju dan Zoey, memang nampak sepadan seperti yang diakui oleh netizen sendiri. Peminat pun suka melihat gandingan Anju dan Zoey menerusi video mesra mereka.

Sementara itu, posting foto mesra Anju dan Zoey sempat menerima komen usikan daripada netizen dan kelihatan Anju bersama Zoey membuat Tiktok Live.

Seronoknya tengok Anju happy dengan Zoey. Please berjodohan, sesuai sangat tengok Anju dengan Zoey.

Sumber: Instagram Zarinaanjoulie.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!