“Bagi saya awak sepatutnya jd juara. Apa apa pun tahniah” – Netizen

Tidak disangka maskot brokoli di dalam The Mask Masked Singer Malaysia adalah Hael Husaini, yang ramai juga tidak menyangka bahawa beliau menyertai program sebegini kerana beliau telah pun bergelar seorang penyanyi yang sangat hebat di Malaysia. Malah bukan sahaja itu beliau juga telah menerpa nama di luar negara. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah mendapat tempat kelima di dalam pertandingan tersebut meskipun ramai yang tidak berpuas hati.

Mengapa tidak berpuas-hati sedangkan itu adalah adat di dalam pertandingan. Kalah dan menang merupakan suatu perkara yang biasa di dalam apa-apa sahaja pertandingan.

Apatah lagi jika suara di dalam pertandingan tersebut telah diubahsuai daripada suara yang asli. Ini kerana mereka ingin menyembunyikan identiti sebenar peserta-peserta di dalam The Masked Singer Malaysia.

Setelah diketahui bahawa brokoli tersebut adalah Hael Husaini, ramai yang mengatakan bahawa beliau layak untuk menjadi Juara namun meskipun begitu undian dibuat oleh pihak juri, ini kerana mereka yang menginginkan tempat-tempat kejuaraan tersebut.

Perkongsian Hael Husaini mendapat tempat di hati peminat peminat beliau ramai yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat di dalam ruangan perkongsian berikut Hael Husaini juga menerima dengan hati yang terbuka.

Tidak mendapat perhatian dari kerana beliau menyertai program tersebut namun apa yang mendapat perhatian adalah wajah beliau yang semakin hari semakin kelihatan lebih putih, cerah dan juga mancung hidungnya. Apakah beliau mengubah sedikit demi sedikit wajahnya.

Beliau sangat berbakat di dalam nyanyian sehinggakan beliau sendiri menempuh nama dan kini semakin aktif di dalam dunia modeling, namun begitu dunia Seni dan bidang nyanyian beliau tidak pernah tinggalkan.

Ramai yang memberikan komen-komen yang merasakan bahawa Hael Husaini layak menjadi juara namun beliau mengatakan bahawa itu adalah rezeki yang telah tertulis.

Selain itu banyak juga komen-komen yang mengatakan tahniah dan menyokong setiap apa yang dilakukan oleh Hael Husaini. Lihatlah komen-komen mereka semua.

Sepatutnya Hael Husaini tidak perlu menyertai program sedemikian namun beliau boleh menjadi juri sebagai penyanyi yang profesional namun beliau lebih kelihatan profesional apabila menyertai pertandingan sebegini.

Sumber: ig officialhlive

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!